Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Selasa, 11 Oktober 2011

Cikgu oh Cikgu



KUCHING: Akibat tidak sebulu dengan pegawai bawahannya, seorang guru besar sekolah rendah di sini, didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menceroboh sistem maklumat peribadi empat guru lain semata-mata mahu mengisi borang bagi membolehkan keempat-empat guru terbabit dipindahkan.
Perbuatan tanpa diketahui keempat-empat guru terbabit dipercayai bermula apabila guru besar berusia 53 tahun itu dikatakan memasukkan maklumat palsu dalam borang e-G (penukaran guru) selepas dikatakan mengarahkan guru yang bertugas di bahagian pangkalan data menukarkan kata laluan serta ID pengguna sistem maklumat peribadi mereka.
Kejadian berlaku sejak April lalu hanya diketahui seminggu kemudian selepas seorang daripada guru terbabit gagal memasuki sistem berkenaan.

Seorang guru terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Shiela, 36, berkata, guru besar itu dikatakan tidak menyukainya kerana dia gagal menghadiri tiga aktiviti sekolah pada Disember tahun lalu atas sebab tertentu.


“Guru besar memaki saya dalam mesyuarat hanya kerana tidak dapat hadir dalam tiga aktiviti berkenaan. Saya tidak pernah menyangka masalah itu menjadi punca dia tidak menyukai saya sehingga sanggup mengisi borang pindah sekolah tanpa pengetahuan,” katanya yang sudah sembilan tahun bertugas di sekolah rendah berkenaan.

Sumber :Metro

sumber: google

P/S:Pangkat saja guru besar tapi tak menunjukkan contoh yang baik langsung..Ikut hati mati,ikut rasa binasa.


3 ulasan:

Ezad Skytech berkata...

kenapa ye cikgu sekarang ada yang macam ni..masa zaman aq sekolah dulu ok je...semua cikgu ok je..takde pun kes2 macam ni..hairan2..

khairul@kechik berkata...

Hehe.. semuanya dari hati. kalau hati dah busuk tu ape boleh buat. Jgn anak murid plak yg kena tempiasnya nanti..

khairul@kechik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU