Anak Emas Aku

Isnin, 30 Jun 2014

Live Streaming Perancis vs Nigeria, Piala Dunia Brazil 2014




Kejutan demi kejutan terjadi sepanjang piala dunia 2014 kali ini. Adakah Nigeria juga mampu mencipta kejutan dengan menumbangkan lawan mereka pagi nanti iaitu Perancis atau setidaknya memberikan saingan sengit kepada Les Blues? Atau adakah Perancis yang akan melangkah mudah ke perinkat suku akhir? Sama-sama kita saksikan awal pagi nanti perlawanan peringkat kalah mati Perancis vs Nigeria yang boleh ditonton secara langsung di link live streaming yang disediakan dibawah.


Live Streaming Perancis vs Nigeria
1 Julai 2014, 12 tgh malam waktu Malaysia
Stadium Nasional, Brasilia








KREDIT

CPUV Nuffnang Yang Ke Tiga



Syukur alhamdulillah rezeki awal ramadan. Kechik Punya Blog  telah mendapat satu lagi kempen CPUV bagi bulan Jun ini. KKBOX Awareness Cpuv terbaru bagi bulan ini.
                                    

KKBOX Awareness

Terima kasih kepada pihak Advertiser yang sudi memilih blog ini dan juga kepada Nuffnang. Jika sudi boleh klik iklan ni untuk tengok promosi terbaru berkenaan KKBOX Awareness ini.

Keputusan Penuh Perlawanan Belanda vs Mexico, Piala Dunia Brazil 2014




Kebangkitan minit terakhir Belanda menafikan impian Mexico untuk melangkah ke suku akhir. Mexico terpaksa akur dengan dua gol lewat Belanda dalam tempoh enam minit meskipun mendahului perlawanan pada minit 48' hasil jaringan Giovani Dos Santos. Namun begitu Belanda berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke 88' hasil rembatan kencang Sneijder.

Kekasaran pemain pertahanan Mexico ke atas Arjen Robben pada masa kecederaan menyebabkan Belanda dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan. Huntelaar yang mengambil sepakan penalti tidak mensia-siakan peluang apabila berjaya menewaskan penjaga gol Mexico untuk meletakkan Belanda didepan pada minit 94'. Tamat perlawanan Belanda 2-1 Mexico. Belanda layak ke suku akhir.



Keputusan Penuh Belanda vs Mexico

Belanda 2-1 Mexico

(Belanda)
Sneijder 88'
90+4 Huntelaar(penalti)

(Mexico)
Dos Santos 48'

Menarik:Rokok tu haram. Kenapa tak boikot??

Ahad, 29 Jun 2014

Live Streaming Belanda vs Mexico, Piala Dunia Brazil 2014




Perlawanan pusingan kedua peringkat kalah mati piala dunia 2014 antara Belanda vs Mexico dijangka satu pertembungan yang sengit. Mampukah Belanda meneruskan rentak cemerlang untuk merobek gawang Mexico atau pun Mexico yang hanya bolos 1 gol di saingan peringkat kumpulan akan melakar kejutan, saksikannya secara live streaming Belanda vs Mexico awal pagi nanti.


Live Streaming Belanda vs Mexico
30 Jun 2014, 12 am waktu Malaysia
Stadium Castelao








kredit

Keputusan Penuh Brazil vs Chile,Piala Dunia Brazil 2014


Sengit dan mendebarkan. Itu yang dapat diungkapkan mengenai pertemuan Brazil vs Chile dalam perlawanan pusingan kedua peringkat kalah mati ini. Brazil yang disokong ribuan penonton di Stadium Mineiro mendahului pada minit 18' hasil jaringan David Luiz. Chile yang meneruskan asakan untuk mencari gol penyamaan akhirnya berhasil apabila Alexis Sanchez berjaya menjaringkan gol pada minit ke 32'.

Tamat 90 minit masa perlawanan kedudukan terikat 1-1 memaksa perlawanan ke masa tambahan. Namun kedua pasukan gagal memecah gawang lawan menyebabkan keputusan perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti. Brazil ternyata bertuah dibumi sendiri apabila berjaya menewaskan Chile 3-2 melalui penentuan sepakan penalti. Brazil layak ke peringkat suku akhir dan akan bertemu sama ada Uruguay atau Columbia nanti.


Keputusan penuh perlawanan Brazil vs Chile

Brazil 1 (3) - 1 (2) Chile
Brazil menang 3-2 melalui sepakan penalti

(Brazil)
David Luiz 18'

(Chile)
Alexis Sanchez 32'


Sabtu, 28 Jun 2014

Jadual Perlawanan Pusingan Kedua Peringkat Kalah Mati Piala Dunia Brazil 2014




Piala Dunia Brazil 2014 kini telah sampai ke peringkat saingan 16 pasukan terakhir yang akan bersaing pada pusingan kalah mati.Kemaraan beberapa negara bukan pilihan seperti Costa Rica, Algeria dan Chile membuktikan kepada peminat bolasepak tanpa pemain berstatus bintang mereka mampu melakukannya. Sementara negara-negara pilihan seperti England, Portugal, Sepanyol dan Itali gagal menjejakkan kaki ke pusingan kalah mati ini setelah kecundang pada peringkat kumpulan meskipun dibarisi skuad berstatus bintang.

Berikut jadual perlawanan peringkat kalah mati 16 pasukan terakhir bagi piala dunia Brazil 2014 ini.


AHAD 29 JUN 2014

BRAZIL vs CHILE 
12 malam

COLUMBIA vs URUGUAY
4:00 pagi


ISNIN 30 JUN 2014

BELANDA vs MEXICO
12 malam

COSTA RICA vs GREECE
4:00 pagi

SELASA 1 JULAI 2014

PERANCIS vs NIGERIA
12 malam

JERMAN vs ALGERIA
4:00 pagi

RABU 2 JULAI 2014

ARGENTINA vs SWITZERLAND
12 malam

BELGIUM vs USA
4:00 pagi



CPUV Nuffnang Melekat Juga Akhirnya.





Syukur. Akhirnya CPUV Nuffnang melekat juga di blog picisan ni. Untuk makluman ini adalah CPUV pertama bagi blog ini. Ada 2 kempen yang sedang berjalan di blog ini iaitu Oreo Transformers dan Ikea-June Sale Campaign.

Contoh kempen CPUV OREO TRANSFORMER


Ikea June Sale 


 Terima kasih diucapkan pada pihak Advertiser, Nuffnang yang sudi memilih blog ini dan para pengunjung sekalian.CPUV kali ini menjadi pembakar semangat untuk terus berblog. Kalau sudi jangan segan silu klik iklan ni masa dia muncul untuk tengok promosi terbaru dari advertiser.hehehe.

Jumaat, 27 Jun 2014

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014 Peringkat Kumpulan



Sepak mula temasya bola sepak terbesar dunia, Piala Dunia 2014 akan memulakan aksinya pada pagi Jumaat jam 4:00 menemukan tuan rumah Brazil menentang Croatia. Pertemuan untuk kumpulan A ini akan dilangsungkan di Arena de Sau Paulo.

Berikut merupakan jadual perlawanan peringkat kumpulan mengikut waktu Malaysia pada edisi kali ini yang akan berlansung di 12 buah stadium di Brazil.


SABTU, 14 JUN 2014
A 12:00am Mexico lwn Cameroon FT,1-0
B 03:00am Spain lwn Netherlands FT, 1-5
B 06:00am Chile lwn Australia FT, 3-1


AHAD, 15 JUN 2014
C 12:00am Colombia lwn Greece FT,3-0
D 03:00am Uruguay lwn Costa Rica FT, 1-3
D 06:00am England lwn Italy FT, 1-2
C 09:00am Côte d'Ivoire lwn Japan FT, 2-1


ISNIN, 16 JUN 2014
E 12:00am Switzerland lwn Ecuador FT, 2-1
E 03:00am France lwn Honduras FT,3-0
F 06:00am Argentina lwn Bosnia-Herzegovina FT,2-1


SELASA, 17 JUN 2014
G 12:00am Germany lwn Portugal FT, 4-0
F 03:00am Iran lwn Nigeria FT, 0-0
G 06:00am Ghana lwn USA FT, 1-2


RABU, 18 JUN 2014
H 12:00am Belgium lwn Algeria FT, 2-1
A 03:00am Brazil lwn Mexico FT, 0-0
H 06:00am Russia lwn Korea Republic FT, 1-1


KHAMIS, 19 JUN 2014
B 12:00am Australia lwn Netherlands
B 03:00am Spain lwn Chile
A 06:00am Cameroon lwn Croatia


JUMAAT, 20 JUN 2014
C 12:00am Colombia lwn Côte
D 03:00am Uruguay lwn England
C 06:00am Japan lwn Greece


SABTU, 21 JUN 2014
D 12:00am Italy lwn Costa Rica
E 03:00am Switzerland lwn France
E 06:00am Honduras lwn Ecuador


AHAD, 22 JUN 2014
F 12:00am Argentina lwn Iran
G 03:00am Germany lwn Ghana
F 06:00am Nigeria lwn Bosnia-Herzegovina


ISNIN, 23 JUN 2014
H 12:00am Belgium lwn Russia
H 03:00am Korea Republic lwn Algeria
G 06:00am USA lwn Portugal


SELASA, 24 JUN 2014
B 12:00am Australia lwn Spain
B 12:00am Netherlands lwn Chile
A 04:00am Cameroon lwn Brazil
A 04:00am Croatia lwn Mexico


RABU, 25 JUN 2014
D 12:00am Italy lwn Uruguay
D 12:00am Costa Rica lwn England
C 04:00am Japan lwn Colombia
C 04:00am Greece lwn Côte d'Ivoire


KHAMIS, 26 JUN 2014
F 12:00am Nigeria lwn Argentina
F 12:00am Bosnia-Herzegovina lwn Iran
E 04:00am Honduras lwn Switzerland
E 04:00am Ecuador lwn France


JUMAAT, 27 JUN 2014
G 12:00am US lwn Germany
G 12:00am Portugal lwn Ghana
H 04:00am Korea Republic lwn Belgium
H 04:00am Algeria lwn Russia


Bola-bola juga, jangan sampai  ponteng kerja atau sekolah pula. Rancanglah perlawanan yang hendak ditonton sebaiknya.

Lagi berita kehangatan Piala Dunia disini

Keputusan Penuh Perlawanan Jerman vs USA, Piala Dunia Brazil 2014




Dalam saingan Kumpulan G ini, Jerman menewaskan USA 1-0 hasil jaringan Mueller pada minit ke 55'. Kemenangan ini membolehkan Jerman muncul sebagai juara kumpulan, manakala USA di tempat kedua. Jerman dan USA layak ke pusingan kedua peringkat kalah mati.

Keputusan Penuh Perlawanan Jerman vs USA

Jerman 1-0 USA

(Jerman)
Mueller 55'



Ahad, 22 Jun 2014

Keputusan Penuh Perlawanan Jerman vs Ghana, Piala Dunia Brazil 2014




Saingan untuk Kumpulan G menyaksikan Jerman dan Ghana terikat 2-2 pada perlawanan yang berlangsung di stadium Castelao, Fortaleza Brazil. Jerman menemui jaringan pertama hasil gol daripada Mario Gotze minit 51'. Namun 3 minit kemudian Ghana merapatkan kedudukan melalui penyamaan Andrew Ayew. Ghana kemudian mendahului perlawanan hasil gol Asamoah Gyan tetapi Miroslav Klose menjadi penyelamat Jerman dengan gol penyamaannya pada minit ke 71'. Tamat masa perlawanan Jerman 2-2 Ghana.


Keputusan Penuh Perlawanan Jerman vs Ghana

Jerman 2-2 Ghana

(Jerman)
Mario Gotze 51'
Miroslav Klose 71'

(Ghana)
Andrew Ayew 54'
Asamoah Gyan 63'

Info: Tonton Online Piala Dunia Percuma Disini

Sabtu, 21 Jun 2014

Keputusan Penuh Perlawanan Itali vs Costa Rica, Perancis vs Switzerland, Honduras vs Ecuador. Piala Dunia Brazil 2014





Kejutan di Arena Pernambuco, Recife apabila menyaksikan Itali tumpas 1-0 pada Costa Rica. Jaringan tunggal Ruiz pada minit ke 44'  sudah cukup untuk membawa Costa Rica layak ke pusingan ke dua peringkat kalah mati. Dengan kemenangan itu, maka sahlah England menempah tiket pulang dan perlawanan terakhir mereka menentang Costa Rica sekadar pelengkap jadual. Bagi pasukan Itali mereka harus menang menentang Uruguay nanti untuk melayakkan diri ke pusingan ke dua.


Keputusan Perlawanan Itali vs Costa Rica

Itali 0-1 Costa Rica

(Costa Rica)
Ruiz 44'


Keputusan Perlawanan Perancis vs Switzerland

Perancis 5-2 Switzerland

(Perancis)
Giroud 17'
Matuidi 18'
Valbuena 40'
Bezema 67'
Sissoko 73'

(Switzerland)
Dzemaili 81'
Xhaka 87'


Keputusan perlawanan Honduras vs Ecuador

Honduras 1-2 Ecuador

(Honduras)
Costly 31'

(Ecuador)
Valencia 34'
Valencia 65'


Jumaat, 20 Jun 2014

Live Streaming Itali vs Costa Rica, Piala Dunia Brazil 2014- 21 Jun 14




Misi mengutip tiga mata penuh oleh Itali dan Costa Rica dalam satu lagi saingan untuk Kumpulan D. Kedua-dua pasukan sebelum ini berjaya menumpaskan lawan masing-masing pada perlawanan pertama. Kejayaan Costa Rica menundukkan Uruguay, semestinya pasukan Itali tidak ambil mudah perlawanan ini. Berikut link live streaming Itali vs Uruguay:


Live Streaming Itali vs Costa Rica
Jumaat 21 Jun 2014, 12 mlm waktu Malaysia
Stadium Arena Pernambuco, Recife






Selamat menonton


Keputusan Penuh Perlawanan England vs Uruguay, Piala Dunia Brazil 2014



Keputusan penuh England vs Uruguay,Kumpulan D

Venue: Stadium Arena de Sau Paulo

Tamat masa perlawanan:

England 1-2 Uruguay

(England)
Rooney 76'

(Uruguay)
Suarez 39', 85'


England 1-2 Uruguay

Khamis, 19 Jun 2014

Live Streaming England vs Uruguay, Piala Dunia Brazil 2014.




Perlawanan tumpuan bagi kumpulan D, England vs Uruguay jam 3:00 pagi waktu Malaysia. Semestinya satu perlawanan menarik untuk ditonton setelah kedua-dua pasukan tewas pada perlawanan pertama dan perlu menang keatas lawan masing-masing untuk menghidupkan peluang layak ke pusingan seterusnya. Live Streaming England vs Uruguay boleh ditonton di link yang disediakan dibawah:


Live Streaming England vs Uruguay
Jumaat 20 Jun 2014 3:00 pagi waktu Malaysia
Stadium Arena Corinthians







Selamat menonton.

Rabu, 18 Jun 2014

Live Streaming Belanda vs Australia , Piala Dunia Brazil 2014





Perlawanan antara Belanda vs Australia bagi Kumpulan B pada jam 12 tengah malam ini. Berikut disediakan link live streaming Belanda vs Australia 19 Jun 2014:






Selamat menonton.

Selasa, 17 Jun 2014

Live Streaming Piala Dunia 2014, Brazil vs Mexico





Perlawanan ke dua untuk Kumpulan A antara Brazil vs Mexico awal pagi nanti.Semestinya kedua pasukan mempunyai misi untuk mencari tiga mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan. Berikut disertakan link live streaming Piala Dunia 2014, Brazil vs Mexico untuk tontonan anda bagi yang tak berkesempatan menyaksikannya dikaca tv.








Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2014, Jerman vs Portugal


Berikut keputusan perlawanan Piala Dunia 2014 bagi kumpulan G Jerman vs Portugal

Venue: Stadium Fonte Nova, Salvador Brazil

Tamat masa perlawanan:

Jerman 4-0 Portugal

Thomas Mueller 12'(penalti), 45'+1, 78'
Hummels 32'

*Hatrik pertama untuk kejohanan Piala Dunia 2014


Isnin, 16 Jun 2014

Keputusan Perlawanan Switzerland vs Ecuador, Piala Dunia 2014


Keputusan perlawanan Switzerland vs Ecuador bagi Kumpulan E

Venue : Estadio Nacional, Brasilia

Tamat masa perlawanan:

Switzerland 2-1 Ecuador


(Switzerland)
Mehmedi 48'
Seferovic 90'+3

(Ecuador)
E. Valencia 22'



*Jom sertai acara menarik sempena Piala Dunia 2014 disini

Sabtu, 14 Jun 2014

Keputusan Penuh Dan Kedudukan Terkini Liga Super Malaysia 14 Jun 2014


Pahang menewaskan Kelantan 1-0 pada perlawanan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati pada masa pertama menyaksikan tiada jaringan dihasilkan. Bagaimanapun, Matias Conti memecah kebuntuan pada mini ke 64' apabila memanfaatkan umpanan Gopinathan untuk menewaskan penjaga gol Kelantan. Pahang berpeluang menambah jaringan, namun penjaga gol Kelantan Apek cemerlang menepis beberapa cubaan. Tamat masa perlawanan Pahang 1-0 Kelantan.

Keputusan perlawanan lain Liga Super Malaysia 2014 pula adalah seperti berikut :

T-Team 2-0 PKNS
Patrick Wangai 45', Nizad Ayub 85'

Sime Darby 4-0 Perak
Dilshod 45' 54',Nazrul 77', Shafiq 86'

LionsXII 0-0 Sarawak

Kedudukan terkini Liga Super Malaysia 2014

kedudukan 7 teratas


Jumaat, 13 Jun 2014

Piala Dunia 2014, Brazil Menang 3-1 Tewaskan Croatia


Tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil memulakan saingan peringkat kumpulan dengan bergaya apabila membenam Croatia 3-1 pada perlawanan sulung kejohanan di Arena de Sau Paulo.

Brazil walaubagaimanapun ketinggalan pada minit ke 11' setelah gol sendiri pemain pertahanan, Marcelo. Penyerang Barcelona, Neymar merapatkan kedudukan pada minit ke 29' melalui sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti menewaskan pejaga gol Croatia. Neymar sekali lagi meledak melalui penalti yang berjaya disudahi pada minit 71'. Oscar, kemudiannya menambah derita Croatia pada minit 91' dengan jaringannya.

Tamat masa perlawanan, Brazil 3, Croatia 1.






Rabu, 11 Jun 2014

Petua Hilangkan Bau Ketiak


Sejak akhir-akhir ni cuaca panas semacam sahaja. Waktu tengah hari bahang panas dia tuhan saja yang tahu.Malam pun dah pasang kipas sampai dua masih berpeluh lagi. Mungkin ini disebabkan fenomena EL NINO yang diramalkan bakal melanda negara nanti. 

Cuaca panas juga menyebabkan individu-individu yang kuat berpeluh menjadi resah. Mana taknya bila dah berpeluh mesti badan lebih-lebih lagi di bahagian ketiak berbau. Keyakinan diri pun menurun untuk berhadapan dengan kawan-kawan. Tapi jangan risau boleh cuba beberapa petua untuk setidak-tidaknya mengurangkan bau badan anda dan menghilangkan bau ketiak yang masam.






Petua 1:

Ambil sebiji limau nipis dan belahkan,kemudian gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.Amalkan selalu sampai bau berkurangan.


Petua 2:

Gunakan  beberapa helai daun sirih. Kemudian digumpalkan pada tapak tangan sehingga keluar airnya. Bolehlah  disapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi

Petua 3:

Campurkan hampas teh dengan sedikit air garam. Sapukan pada ketiak kemudia biarkan beberapa minit. kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk. lakukan secara kerap sehingga dapat hasil yang diingini.

Petua 4:

Ambil sebatang timun dikupas kulitnya. Sapukan di ketiak untuk seketika setiap kali mandi. Amalkan selalu sehingga kawasan bermasalah tidak berbau lagi.


Senang sahaja kan. Bahan-bahan dalam petua ni pun senang je nak dapat kat dapur rumah tu. Selamat mencuba.

Selain itu khasiat buah kiwi yang tak ramai tahu di sini

Selasa, 10 Jun 2014

Maklum Balas JAKIM Mengenai Kilang Bihun Kotor


Susulan pendedahan gambar di sebuah kilang bihun yang menjjikan di laman sosial, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui laman sosial rasmi mereka memberikan maklum balas berikut.




Walaupun pihak syarikat tersebut bukan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak mempunyai sijil halal yang sah, berdasarkan lambang masjid yang digunakan kita sendiri boleh agak sasaran pelanggan syarikat durjana ini.

Kita selaku pengguna nampaknya kena lebih peka mengenai logo halal palsu pada barangan yang dijual. Sungguh sedih rasanya tinggal di negara ISLAM, tapi banyak produk makanan diragui status halalnya.


Baca Ini Juga :

Michael Jackson Di Malaysia?
Smartphone Lama Kasi Tukar Baru!! Iphone 5S tu!!
Khasiat Buah Kiwi

Keadaan Kilang Bihun Yang Menjijikan!!



Hai semua.

Perkongsian dari laman facebook menunjukkan beberapa keping gambar dipercayai diambil disebuah kilang memproses bihun di selayang.

Keadaan kilang  serta mesin memproses bihun yang kotor ditambah dengan perkerja membungkus bihun tidak berbaju dan tidak memakai sarung tangan semasa mengendalikan bihun cukup meloyakan.

Lebih menyedihkan lagi bila gambar masjid dijadikan logo pada bungkusan bihun seolah-olah mahu menipu pengguna.

Diharap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu supaya pengguna-pengguna tidak terus tertipu dengan mereka yang mahu mengaut keuntungan semata-mata.


Bihun Cap BULU KETIAK



Mungkin ada pelbagai 'objek' asing didalamnya

Gambar masjid dipergunakan


P/S:TIADA DNA BANGLA DIKESAN DALAM BIHUN


Baca Ini Juga

TANAH TUMPAH DARAHKU