Anak Emas Aku

Sabtu, 15 Oktober 2011

Pemain Profesional, Peminat Amatur



Salam semua... Saingan Piala Malaysia semakin mencapai kemuncaknya dengan empat pasukan akan beraksi di peringkat separuh akhir untuk menempah tiket ke final.. Tahniah diucapkan kepada pasukan Terengganu, Selangor, T-Team dan Negeri Sembilan.. Apa yang lebih membanggakan ialah kehadiran ramai penyokong ke stadium.. Siapa kata bola sepak tempatan kian lesu...


piala idaman 


Tapi benda yang aku ingin ulaskan disini ialah berkenaan sikap para penyokong di stadium..Sikap fanatik melampau mereka menyebabkan hilangnya adab-adab sopan.. Memanglah tak salah nak berikan sokongan tapi biarlah berpada-pada... Tak usahlah hamburkan kata-kata kesat pada pemain lawan dan pengadil perlawanan.. Teruk benor kelakunya. Buat malu orang kampung je. Tak cukup dengan itu,macam2 objek dilemparkan ketengah padang.. Tak boleh ke kawal sikit perasaan tu..  Asal ada je ketegangan di tengah padang mulalah bunyi mercun meletup sana sini.. Apasal tak bawa je bom kasi letup satu stadium. Habis cerita.. Sikap mencerminkan akhlaklah saudara sekalian..Sabar itu kan separuh daripada iman..  Huh.. Cukuplah aku membebel pagi-pagi buta ni..Ingatlah jadi penyokong yang profesional baru best nak tengok bola..


P/S:MAJULAH SIKAP UNTUK SUKAN 




3 ulasan:

Ezad Skytech berkata...

aq tak pernah tengok bola kat stadium..tak tahu la macam mana suasana dia kan...tapi bagi aq la..kalau fanatik sekali pun..tak perlu nak tunjukkan kemarahan tu kalau team yang disokong tu kalah...adat permainan la kalah menang tu kan...

Pendamba Mawar berkata...

terikut dengan cara yang tak patut diikut

khairul@kechik berkata...

yup betul. over fanatik sampai kacau org lain yg nak enjoy tgk game tu..

Baca Ini Juga

TANAH TUMPAH DARAHKU