Anak Emas Aku

Khamis, 13 Oktober 2011

Cerita Lama: Cybercop


Salam semua... Masih ingat tak lagi dengan cybercop? Alah cerita yang pak mat tempe selalu tengok tu..(nampok sangat menipunya)..Hehe.. Sesiapa yang membesarkan diri sekitar tahun 90-an pasti pernah tonton cerita nikan.. Cybercop ni memang femes la masa tu.. Bebudak sekolah,termasuk akulah mencampakkan kerja rumah bila cerita ni duk tayang kat kaca tv.. Masing2 terlopong je depan tv kena tipu dek jepun ni hahaha..


Pastu besoknya bila ke sekolah masing2 duk berangan nak jadi macam Cybercop..Watak yang aku suka  yang warna merah tu,lupa dah ape nama dia. Sebabnya dia ada power tangan halilintar.. Bukan tu je,aku sanggup melaburkan duit untuk membeli kad Cybercop. Ini dia..





Sinopsis cerita ni kononya pada tahun 1999, jenayah berleluasa dekat bandar Tokyo. Jadi untuk membendung jenayah,  Polis Metropolitan Tokyo yang tak boleh diharapkan(harap2 PDRM tak macam ni) pun tubuhkanlah satu pasukan khas. Diberi nama 'ZAC' (Zero-Section Armed Constable) pasukan ni kerja dorang hanya untuk misi2 khas. Saintis polis yang bijak2 telah mereka sejenis peralatan  dipanggil Bit Suits yang berteknologi tinggi untuk kegunaan pasukan khas ni.Musuh utama ZAC ni ialah sebuah kumpulan penjahat digelar Death Trap.


Lagu  Cybercop
(Dengan terjemahan mengarut)



P/S: SERONOKNYA ZAMAN KANAK2.


2 ulasan:

Ini Kisah Tia berkata...

hahaa . power rangers pun Tia pandang hujung mata jep .. heh ~

khairul@kechik berkata...

hehe.. saje2 nak kembalikan nostalgia lama..

Baca Ini Juga

TANAH TUMPAH DARAHKU