Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Sabtu, 6 April 2019

Harga Jualan Bagi Yamaha Y15ZR V2 Diumumkan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Peminat jentera 2 roda semestinya ternanti nantikan harga jualan bagi Yamaha Y15ZR V2 yang telah dilancarkan baru-baru ini ketika saingan Cup Prix di Jasin Melaka.



Akhirnya Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan harga jualan bagi jentera yang digelar "Raja Jalanan" ini adalah pada RM 8,168 tidak termasuk insurans.

Berlaku peningkatan sebanyak RM280 berbanding harga model lama iaitu pada RM7,888.

Tetapi, diulangi tetapi jangan terlalu berharap kedai-kedai motosikal akan menjual kapcai panas ini pada harga tersebut, kerana penulis merupakan pemilik model lama pun membelinya pada harga RM9400, jauh dari harga yang diumumkan HLYM.. Bahkan ada kawan-kawan "serider" membelinya pada harga RM10,000 RM11,000. Gila bukan. Jadi sudah boleh diagak perkara sama akan terjadi pada "Y Suku" V2 ini.

Y15zr V2 ditawarkan dalam empat jenis warna pilihan:






Untuk model lama telah banyak rungutan didengari mengenai kualiti kapcai ini (penulis dah 3 tahun pakai alhamdulillah masih ok, standard itu indah) jadi marilah berharap HLYM dah tingkatkan kualiti ya.

Jadi, sudah sediakah untuk memecahkan tabung masing-masing bagi mendapatkan kapcai idaman anak muda ini?

Tepuk dada tanya selera, tapi jangan ikut rasa nanti mati..

Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU