Anak Emas Aku

Sabtu, 26 November 2011

Kereta Terhangat Di Pasaran!!!



Hah.. akhirnya aku kembali menghadap blog.. Semuanya pasal laptop aku yang dah nyawa2 ikan tu. Terpaksalah online di cc.. Tak best betul la.. Oleh kerana aku malas nak taip dah, kita layan gambar jom.. 




Proton pun tak terfikirkan idea ni..



Erk..



Kalau tersentuh ni.. padahlah..



Jumaat, 18 November 2011

Perihal Tandas



Salam semua..
Hari ni tak nak tulis panjang2. Jom kita layan gambar ni..



Memandu sambil 'membuang'




Sambil buang air dapat rapatkan silaturahim 





Jangan lupa neutralkan gear terlebih dahulu






Saat2 genting di tandas tidak lagi membosankan



P/S: Terima kasih pok cik google

Khamis, 17 November 2011

Yeahh Aku Kaya!!!


Akhirnya setelah sekian lama tidak menjenguk Nuffnang...



Kayakan aku.. Haha.. 
Lepaslah beli pisang goreng seringgit dengan coklat hacks 20 sen..
5 sen lagi simpan dalam ASB. Huhu..

 Tak kisah la jumlah tu.  Tipulah kalau aku kata tak nak duitkan, tapi selagi ilmu didada ni belum lengkap pasal duit kita tolak tepi dululah.. Siapkan diri dengan ilmu blogging dan mantapkan kualiti penulisan. Itu target aku.. Tak lupa juga terima kasih kepada hamba2 Allah yang sudi mengklik iklan di blog ini. Okies..

P/S: Jom aku belanja tapi korang bayar sendiri hehe..

Rabu, 16 November 2011

Gemuk,Gemuk, dan Terus Gemuk...



Salam semua.. 
Sekarang ni aku agak seganlah nak menghadap cermin..  Segan nak tengok bentuk badan aku sekarang ni. Huhu.. Terlampau seksis..

AMARAN ini bukan aku.. Pok Cik Google ni..


 Lemak tepu berkrim makin bertambah plak sejak aku sibuk mengabadikan diri dengan PES 2012 ni.. Haha..

Siang malam aku duk hadap pc je melayan game.. Takde masa pun nak exercise.. Senaman jari banyaklah kat joystick ni. senaman jugakan.. Jalan sikit pun dah mengah.. Bila *melantok(makan) pula ikut suka hati je.. Semua aku bedal.. Kalau rasa lapar ditengah malam aku sanggup bangun tido main masak2 maggi kat dapur dan penuhkan perut baru dapat tidur dengan nyenyak macam bayi.. 

Jasa Google
Esok aku nak gi timbang body jap la.. Harap2 berat badan aku masih stabil dan belum capai tahap OBESITI lagi.. Huhu..  


P/S: Masalahnya masakan mak aku terlalu menggoda, memang x boleh kontrol makan..Heee..

Isnin, 14 November 2011

Menang Disanjung, Tewas Dihina..



Cendol : Adoyai.. Entah pape je la mangkuk ni.. Reti main ke x reti  main ni.. Dah terlepas pingat tu..
Kechik : Dah takdir kita tak dapat nak wat macam mana.. Redha jela..
Cendol : Takdir tak takdir. Buat perabis duit je hantar training sana sini. Kalo aku tu kompom dah dapat punya. Haih geram tul la..
Kechik : Ala.. Hari ni terlepas. Masa akan datang kita boleh cuba lagi.. 
Cendol : Huh tukar orang lain jelah nanti. Dah nyampah aku tengok muka dia.. 
Kechik : Amboi2.. Masa dia menang hari tu bukan main lagi ko puji. Bila kalah ko maki plak. 
Cendol : Bila menang kita sanjung kita sayang. Kalo kalah kita kutuk la..
Kechik : Erkk.. Camni pun ada..


Fikir-fikirkanlah begitu ke sikap kita?.. Malaysia Boleh!! 



P/S: Harap pihak penjual cendol x marah nama cendol jadi mangsa entri ni. Hee..

Ahad, 13 November 2011

Kawan



Huish.. Dah adat didunia. Bila senang banyak je kawan2 kat sekeliling,  kawan lama yang dah lama tak jumpa pun ramai lah muncul.. Semua nak ngaku kawan.. Kawan masa tadikalah, kawan masa kelas fardu ainlah huh macam2 ragam manusia ni..

Tapi bila kita susah plak, sorang2 jauhkan diri.. Bila minta tolong banyak je alasan. Macam tu ke kawan.. Zaman sekarang ni memang susah nak jumpa kawan yang sejati. Kawan makan kawan banyaklah kat luar tu.. Tahu nak ambil kesempatan je.. Pantang nampak peluang. Aku rela duk sorang2 dari berkawan dengan manusia spesis ni.. Tak de rugi pun..

Jadi terpaksalah aku memilih kawan.. Tak kisah la orang lain nak kata aku sombong sebab memang betul pun..Haha.. Untuk kebaikan aku juga.. Tak mau terkena. Huhu..
Okies



P/S:Aku x ramai kawan, cuma ramai kenalan..

Sabtu, 12 November 2011

Kad kredit MU


Lagi kerjasama Manchester United dengan syarikat tempatan



MALAYAN Banking Bhd (Maybank) optimis menarik kira-kira 300,000 pemegang kad kredit baru dalam tempoh tiga tahun didorong pengenalan kad Maybankard Visa Manchester United yang menawarkan pulangan nilai berganda kepada pelanggan terutama peminat kelab bola sepak ternama itu.
Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata, jalinan kerjasama itu sebahagian daripada strategi Maybank untuk berganding bahu dengan jenama besar untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Ketika ini, kami mempunyai 1.5 juta pemegang kad kredit dan dengan kerjasama bersama kelab bola sepak terkemuka Manchester United (MU), kami yakin mampu menarik 30,000 pemegang kad baru dalam masa terdekat.

“Seterusnya, kami mengunjurkan untuk memperoleh 300,000 pelanggan baru dalam masa tiga tahun sekali gus meningkatkan penguasaan pasaran berbanding 18 peratus ketika ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kad Maybankard Visa Manchester United oleh bekas pemain pertahanan MU, Gary Pallister di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata, sempena pelancaran itu, Maybank menawarkan peluang kepada pemegang kad baru memenangi dua tiket untuk menyaksikan perlawanan MU menentang Liverpool di Old Trafford pada Februari 2012.


P/S:Lihatlah betapa kuatnya pengaruh Manchester United.Glory glory MU..


Jumaat, 11 November 2011

Lelaki tuntut tangan dipulang




Sumber :Metro



TAOYUAN (Taiwan): Seorang lelaki rakyat Taiwan, semalam menuntut pihak berkuasa China memulangkan tangan kirinya yang dipotong selepas insiden samun dan disimpan polis negara itu sebagai bahan bukti.
Hu Chi-yang, 59, berkata, dia diserang oleh tiga lelaki di tenggara wilayah China di Fujian minggu lalu. Dia berkata, mereka menyamun wang tunai AS$600 (RM1,920) miliknya dan cuba memotong tangan kirinya bagi mendapatkan cincin dan jam Rolex dipakainya.

Hu, ahli perniagaan yang sudah bersara berkata, dia setuju supaya tangannya dipotong selepas doktor memberitahunya ia cedera parah dan tidak dapat diselamatkan. Bagaimanapun, polis tempatan enggan membenarkan dia mengambil semula tangannya untuk dibawa pulang ke Taiwan.

Bercakap kepada media dari katil hospital di Taoyuan, di utara Taiwan dia berkata: “Saya mangsa dalam kes ini tetapi mereka melayan saya bagaikan saya ini perompak. Saya tidak mahu lagi pergi ke China.

Dengan nada suara yang marah sambil menitiskan air mata Hu berkata, polis di Putian bersikap buruk dan menegaskan dia perlu memberi kenyataan penuh sebelum dibenarkan menjalani pembedahan.

“Saya minta mereka memulangkan tangan saya tetapi mereka kata mereka perlu menyimpannya untuk siasatan,” katanya. Kes Hu itu mendapat liputan meluas oleh media Taiwan sejak dia pulang dari Putian Selasa lalu.


Polis di Putian berkata, mereka menghadapi tekanan ekoran kes itu tetapi menafikan tangan Hu sudah dipotong.

“Kes itu tidak terjadi seperti mana dilaporkan media. Namun, kesannya amat besar sekarang, jadi pegawai kanan memberi perhatian penuh terhadap kes itu,” kata pegawai polis di Biro Keselamatan Awam Putian.

“Tangannya masih melekat di tubuhnya. Khabar angin kadangkala memang bodoh,” katanya sambil mengakui Hu mengalami kecederaan. - AFP




Rabu, 2 November 2011

"Saya Tak Sentuh.."



Berikut antara kenyataan Khairul Fahmi Che Mat/Apek mengenai gambar kontroversinya:


 “Saya tak sentuh benda itu (arak). Muka saya merah kerana suasana dalam tu (pesta hari jadi) panas, ditambah pula dengan keadaan sesak dengan orang ramai.”


Menghindari maksiat lebih elokkan..




Anak sape la ni...


“Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan seorang rakan, saya pun terkejut. Tetapi ingin saya tegaskan bahawa saya tiada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dalam gambar,” katanya yang dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam

“Saya mahu memberi tumpuan kepada Sukan Sea dan tidak mahu terlalu memikirkannya kerana dah dekat (perlawanan). Selepas perlawanan selesai, saya akan berikan penjelasan kepada media dan buat apa yang patut,” katanya.

Emm.. Rasanya kalau beri penjelasan secepat mungkin lebih baik dari membiarkan hal ni berlarutan. Barulah hati tenangkan dan peminat2 pun tak la syak yang bukan2..  Atas padang boleh fokus 100%. Barulah mampu jaga gawang negara dengan tangkas  kat Sukan Sea nanti.. 


Kerana Gelap Mata, Bekas Amil Dipenjarakan



Kerana tamakkan wang, seorang bekas amil dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh mahkamah . Dia didapati bersalah setelah melakukan pecah amanah duit zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim berjumlah RM19,510 pada Ogos 2010. Wang itu kemudian digunakan untuk kegunaan sendiri bekas amil tersebut. Perbuatan itu dilakukan di sebuah pasaraya antara 16 Ogos 2010 hingga 4 September 2011.


Gambar Hiasan

Amat memalukan kerana bekas amil tersebut juga adalah bekas imam disebuah masjid.. Maka betullah kata-kata ustazah aku disekolah dulu. Lagi tinggi ilmu agama seseorang tu, makin tinggi pangkat syaitan yang datang menggoda dan cuba untuk menyesatkan.. 



Musim Banjir ..Yeahh!!



Sejuk semacam je cuaca malam ni.. huhh. Orang tua2 cakap kalau cuaca macam tu petandanya nak banjir. Haha mungkin betul pun sebab tiap2 hari dah hujan ni.. Dah sampai musim tengkujuh pun. 

Mintak2 la tak banjir besar tahun ni.. Dah serik dengan banjir ni. Makanan basah pun kurang sampai kena catu, terpaksa la makan sardin je tiap2 hari.. Jalan pun tenggelam dengan air. Bot jelah pengganti kereta tapi caj bapak mahal. One way sampai rm20 pun ada. Daerah aku ni pula dah macam LIMA . Setiap masa ada je bunyi helikopter lalu lalang..  Tu la  secebis pengalaman  "manis" masa banjir besar tahun 2007 kat tempat aku ni.. 

Tapi kuasa tuhan siapa yang taukan.. Kita sebagai hambaNya kenalah terima segala dugaan dengan redha.. Tu semua ujian je untuk kita sebagai hambaNya..



Yang tak syoknya..



Bila ribut taufan astro pun terus jadi bengong..  ruginya byr mahal2 servis hampeh!!
apa kaitan astro dengan entri ni pun aku tak tau..ehemm.



P/S:Entri ni ditulis dengan perasaan malas dan melalut

Isnin, 31 Oktober 2011

Ianya Manchester United Dan Bukannya Man U!!







Tahukah anda wahai peminat Manchester United?

KUMPULAN ANTI MU MNGEJEK PEMAIN2 MANCHESTER UNITED YANG MATI PADA "TRAGEDI MUNICH" YANG TERJADI PD 6 FEBRUARI 1958  DGN MENYANYI: 

“Man U, Man U, went on a plane. Man U Man U never came home again.” atau “Man U Never Intended Coming Home” (Gabungan huruf pertama , M + U + N + I + C + H = MUNICH)



Jadi kepada peminat Manchester United jangan gunakan lagi gelaran Man U terhadap pasukan kesayangan kita.. Adalah amat menyedihkan jika peminat sendiri menyebutnya.. Okies..




Tengok ini juga:


Ahad, 30 Oktober 2011

"SEGMEN NASZ : PERANG BLOGGER"


 Akhirnya perkara yang paling menakutkan dah berlaku.
Para blogger akan berperang!!
 Daftarkan nama anda disini Perang Blogger jika ingin turut serta..
 Khidmat anda diperlukan.







 Tarikh tutup pada 31hb Oktober 2011 jam 11.00 malam.



Baca Ini Juga

TANAH TUMPAH DARAHKU