Anak Emas Aku

Ahad, 18 Jun 2017

Peluang Kerjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. 744 Jawatan Kosong!!!


744 pelbagai jenis jawatan kosong kini untuk dipohon di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA.


Sila daftar atau kemaskini permohonan korang sekarang. Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Julai 2017. Mana tahu rezeki tak salah mencuba.

Sedikit info, selagi iklan masih dibuka memang akan dipaparkan tiada pengambilan buat masa ini. Kena tunggu iklan tutup baru permohonan kita diproses. Dan kalau rezeki dapatlah panggilan temuduga.

Rabu, 12 April 2017

Pengalaman Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Assalam dan salam sejahtera.

Dah agak lama tak bersiaran di blog picisan ni.. hehehe semangat berblog lama menghilang nampaknya..

Ok, terus saja ke misi utama kita. Aku nak ceritakan serba sedikit pengalaman sewaktu ditemuduga untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19. Sebenarnya masa tu gred jawatan masih lagi S17, baru sekarang ada masa berkongsi di sini..

Jadi, sebelum tibanya tarikh temuduga tu, aku dengan semangat berkoba-kobar menGOOGLE info mengenai jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat ni. Waktu ni aku sedang berkhidmat di sebuah badan berkanun tapi berstatus kontrak je. Kira ini peluang aku untuk mencari kerja yang lebih stabil dan tetap.

Akhirnya tibalah saat yang dinanti. Temuduga dijalankan di pusat temuduga SPA di sebuah bandar di pantai timur. Seawal jam 6.30 pagi aku sudah bersiap dan bergerak ke tempat temuduga. Takut lambat katanya padahal jarak dari rumah ke tempat tu cuma ambil masa 30 minit. Semangat katakan. Nak dijadikan cerita dalam perjalanan, berlaku satu kemalangan kecil(bukan aku) antara seorang awek bermotosikal dan sebuah kereta. Sebagai insan prihatin, aku pun berhentilah tolong apa yang patut lebih-lebih lagi awek kut yang kena hehehe.. Alhamdulillah awek tu cuma cedera sikit je. So aku teruskan perjalanan.

Aku tiba di pusat temuduga lebih kurang jam 7.30 pagi. Aku tengok tak ramai pun yang ada, dalam 2 orang sahaja yang. Mungkin awal lagi sebab temuduga bermula 8.00 pagi tak silap aku. Aku orang ketiga yang akan ditemuduga. Masa di kaunter daftar, petugas SPA kat situ sempat pesan susun siap-siap sijil-sijil, ic dan surat beranak dalam folder file ikut susunan  sebab dia kata benda sekecil ini pun panel akan ambil kira.

Tiba masa nombor aku dipanggil. Aku pun bangun dan terus menuju ke bilik temuduga. Dengan lafaz bismillah aku ketuk pintu dan memberi salam. Daun pintu dibuka, dan kelihatan dua orang panel didalam seorang lelaki dan perempuan.Dah masuk tu korang jangan terus duduk pulak, tunggu sehingga disuruh duduk, baru duduk ya. Jarak kerusi dan meja panel agak jauh ya. Kena kuatkan sikit nada suara. Selepas dah serahkan fail sijil dan dokumen temuduga aku pun bermula.

Aku-A
Panel Lelaki- PL
Panel Perempuan- PP

Macam biasa dalam mana-mana temuduga kita disuruh perkenalkan diri dahulu. Aku pun ceritakan lah secara ringkas mengenai diri aku, pendidikan, keluarga dan pengalaman kerja. Part ni aku taklah gementar sangat sebab ini tentang diri kita dah tentu aku boleh jawab. Oh ya, jawatan ni di Jabatan Kebajikan Masyarakat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Masuk part yang lebih sukar. Antara soalan-soalan yang aku ingat lah.

PL: Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang penjawat awam?
A: Amanah, bertanggungjawab, bertimbang rasa, sabar, (sambil beri contoh sikit)

PL: Apa akan kamu lakukan jika berhadapan dengan rakan sekerja dalam erti kata lain senior yang tak mahu buat kerja dia dan suruh kamu yang buat?
A : Gulp!! Sambil tarik nafas dan fikir 2-3 saat sebelum menjawab. Yang pertama saya akan berbincang dengan rakan sekerja saya yang itu adalah tanggungjawabnya dan dia tak berhak menyuruh saya. Kedua saya akan melaporkan ke pihak atasan jika perkara ini masih berulang. Saya pernah berhadapan dengan situasi ini dan saya boleh menguruskannya.

PL : 5 rukun negara
A : Yang ini berjaya dijawab dengan lancar hehe..

PP: Apakah tugas seorang PPM
A : Ini pun boleh jawab, kat website SPA ada.

PP: Sanggup ke bekerja menguruskan OKU, warga emas, kanak-kanak?
A : Insyaallah jika diberi peluang saya akan melakukan sebaik mungkin dan pengalaman yang berharga kerana bukan semua berpeluang bekerja dengan golongan ini.

PP: Andai kata ada penerima bantuan yang memerlukan bantuan segera tapi tiada pengangkutan dan dia lumpuh tapi semua staf lain sibuk dan kamu seorang saja yang ada untuk serahkan duit bantuan apa kamu akan buat?
A:(mak aih dia punya soalan) Saya tak tau bagaimana prosedur pihak JKM. Walaubagaimanapun berdasarkan pengalaman pekerjaan saya yang lepas, setiap perkara ada SOP sendiri lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan duit. Jika keadaan memaksa saya akan bawa bersama ketua kampung tersebut dan merakamkan proses serahan bantuan  itu. Jika perlu saya bawa polis bersama(ada ke orang buat). Dan saya tegaskan ini bukan SOP yang sepatutnya jika melibatkan wang.
PP ; Hmm ok.

PP: Andai kata kamu ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak, apa aktiviti yang awak boleh buat bersama penghuni. Aktiviti sukan macam bola sepak saya tak mahu, itu dah biasa sangat..
A: Ok.. Sekarang zaman teknologi, dan aktiviti lapang saya ialah bermain dron. Jadi saya akan mengadakan satu aktiviti bersama kanak-kanak untuk bermain dron. 
PP: Tapi dron kan mahal harganya? 
A: Dron gred permainan berharga bawah RM100 banyak dijual di pasaran puan. Sewaktu saya bermain di kawasan rumah, ramai kanak-kanak menghampiri untuk melihat lebih dekat dron saya. 
PP: Oh begitu (sambil mengangguk)

PP: Sanggupkah kamu bekerja shift?
A : Ya saya sanggup kerana pekerjaan saya sekarang pun waktu kerja adalah shift dan memang sedia maklum bagi skim S iaitu SOSIAL waktu kerja adalah secara shift bergantung dimana kita akan ditempatkan nanti.

Banyak lagi soalan, tapi hanya ini sahaja yang aku masih ingat. Dalam 40 minit juga lah aku berada dalam bilik temuduga. Habis je temuduga, terus merempit tengok wayang. Hehe tenangkan jiwa katanya.

So, selepas sebulan lebih macam tu,keputusan temuduga keluar, dan aku hanya berjaya sebagai calon simpanan lantikan.. Tapi alhamdulillah, dalam 5 @ 6 bulan lepas tu, status berubah kepada lantikan tetap. Dan sekarang aku sedang berkhidmat di sebuah pusat kanak-kanak istimewa.

Di JKM biasanya kita akan ditempatkan sama ada di Institusi seperti Rumah Seri Kenangan, Sekolah Tunas Bakti waktu kerja adalah mengikut syif atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Ada juga warga JKM akan dipinjamkan ke jabatan lain seperti di Jabatan Penjara, Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Perdana Menteri dan staff ini digelar kader jabatan JKM.

Syukur rezeki selepas 7 tahun memohon pelbagai jawatan di SPA. Takde istilah kabel-kabel. So kepada rakan-rakan diluar, teruskan berusaha walau pernah gagal ya.

















Ahad, 12 Februari 2017

Peluang Kerjaya : Pengambilan Perajurit Muda TUDM Siri 57/17 (LELAKI) Tugas Khusus


Pengambilan terkini Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Perajurit Muda Siri 57/17 lelaki tugas khusus.


Calon-calon yang berminat boleh melayari laman web  TUDM untuk maklumat lanjut mengenai permohonan dan kelayakan yang diperlukan. Selamat memohon dan semoga maju jaya.

Sabtu, 11 Februari 2017

Jawatan Kosong Terkini Perkhidmatan Awam Malaysia



Iklan jawatan kosong terkini perkhidmatan awam Malaysia.


  1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 
  2. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  3. Pembantu Kemahiran Gred H19
  4. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19


 Calon-calon yang berminat boleh mendaftar atau mengemaskini permohonan anda di laman web SPA.

NOTA PENULIS: Permohonan akan memaparkan "Tiada urusan pengambilan pada masa ini" kerana permohonan akan diproses bila iklan telah ditutup dan biasanya dalam 1-2 bulan baru keputusan sama ada berjaya ke peringkat temuduga akan dipaparkan. So bila dah isi tu relax dan banyakkan berdoa agar terpilih untuk temuduga. Jangan fikirkan yang negatif ok.. Selamat mencuba.


Baca Ini Juga

TANAH TUMPAH DARAHKU