Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Jumaat, 30 Mei 2014

Pahang Ke Final Piala FA. Tewaskan JDT Agregat 2-1


Pahang melangkah ke final Piala FA 2014 setelah berjaya menewaskan JDT 1-0  di Stadium Darul Makmur dengan keputusan agregat 2-1. Gol kemenangan Pahang disumbangkan oleh Faizul Hussein pada minit ke-80 melalui satu sepakan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi.  Pada perlawanan pertama di Johor Baharu, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Lawan Pahang di final akan ditentukan antara pasukan Kelantan atau Felda United yang turun beraksi esok setelah terikat 3-3 pada perlawanan pertama.

PHG 2-1 JDT

*Siap-sedia untuk berhogoh di final nanti


Gara-Gara Dihempap, Buaya Muntah Selama 3 Jam


Moscow:Nasib malang buat si bedal. Seekor buaya terpaksa dihantar ke hospital selepas dihempap oleh seorang wanita seberat 114 kilogram di dalam sebuah bas.

Fredy, repitilia 2.14 meter panjang itu berada di dalam bas yang penuh dengan anggota sarkas dikatakan tidur apabila kenderaan berkenaan melanggar bonggol berhampiran Severomorsk, menyebabkan wanita terbabit jatuh dan menghempapnya yang tidur berhampiran.
Agensi berita RIA Novosti melaporkan, pihak pengurusan sarkas bimbang keadaan buaya itu selepas ia muntah selama tiga jam berikutan peristiwa itu.Ia mungkin tanda kecederaan dalaman bagi buaya.

Akauntan terbabit hanya cedera ringan, tetapi ditegur kerana tidak memakai tali pinggang keledar.
Fredy pula dibawa ke hospital dan menjalani pemeriksaan serta rawatan. Semua persembahan hari itu yang membabitkannya juga dibatalkan.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan wanita itu dinasihatkan mengurangkan berat badannya.

Haiwan, termasuk harimau, singa dan monyet masih digunakan dalam persembahan sarkas di Russia. - Agensi


*GAMBAR HIASAN*


* Bawa jumpa tok bomoh pergi berubat mesti elok buaya tu. Penampar Tok Moh POWER..heheh..

SUMBER

Khamis, 29 Mei 2014

Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !

Segmen pertama untuk tahun 2014 disertai setelah beberapa bulan menghilangkan diri..hehe.

Unik. Kereta Tanpa Stereng Keluaran Google

Los Angeles: Google akan mengeluarkan kereta tanpa stereng yang boleh memandu dengan sendiri.
Dalam kenyataannya  syarikat itu berkata, kereta unik itu yang mempunyai dua tempat duduk itu tidak akan dijual kepada orang awam.

Bagaimanapun, ia berharap 100 prototaip kereta itu akan berada di jalan raya pertengahan tahun depan.
Ia adalah lanjutan kepada langkah Google yang sebelum ini memandu ribuan kilometer di California menggunakan kereta SUV Lexus dan Toyota Prius yang dilengkapi gabungan penderia serta komputer.

Bagaimanapun, kereta itu mempunyai pemandu sekiranya berlaku kecemasan sedangkan kereta baru yang bakal dikeluarkan tidak langsung memerlukan pemandu untuk mengendalikannya.

Selain itu, ia tidak akan mempunyai pedal brek dan minyak, sebaliknya butang untuk ‘bergerak’ dan ‘berhenti.’ - Agensi

Comel je bentuk
Kalau dijual pun harga dia mesti beriban-riban..hehehe.

SUMBER


Selasa, 27 Mei 2014

Peluang Kerjaya: Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Bulan Jun 2014



Peluang untuk berbakti pada negara, agama dan bangsa. Calon yang layak dijemput hadir ke sesi-sesi pemilihan awal Tentera Darat Malaysia yang akan diadakan diseluruh negara mulai bulan Jun ini.
Sila rujuk iklan untuk maklumat lanjut.

Klik untuk lebih jelas
Nota: Gigi kena cantik tak nak lubang-lubang kalau ada sila tampal.Rabun dan buta warna rejek terus. Tapak kaki tak boleh rata. "Check telur" bersama pegawai perubatan ATM.DAN TAHAN MAKI heheh.Tapi ni antara yang kena dilalui pada pemilihan akhir kalau berjaya pemilihan awal. Pemilihan awal cuma periksa sijil dan BMI je. Nanti pihak TDM akan pos surat jemputan ke pemilihan akhir. Selamat berjaya kepada semua dan kepada saya juga.

Isnin, 26 Mei 2014

Jepun Juara Piala Thomas 2014



Pasukan badminton Jepun, muncul juara Piala Thomas 2014 edisi ke 28 setelah menewaskan Malaysia dengan mata 3-2. Malaysia meraih mata sulung apabila sandaran negara, Datuk Lee Chong Wei menang perlawanan pertama menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16.

Wakil ke dua Malaysia beregu Tan Boon Heong / Hoon Thien How bagamainapun tewas kepada pasangan Jepun 21-12, 17-21, 19-21. Perseorangan negara berikutnya Chong Wei Feng turut mengalami nasib yang sama apabila tumpas kepada Kento Momota 15-21, 17-21.

Wakil seterusnya,pasangan beregu berikutnya, Goh V Shem / Tan Wee Kiong menyalakan kembali harapan negara bila menang ke atas pasangan Jepun Keigo Sonoda / Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12. Sekaligus Malaysia terikat 2-2 dengan Jepun.

Harapan yang disandarkan pada wakil terakhir negara, Liew Darren walau bagaimanapun tewas kepada Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21. Jepun muncul juara Piala Thomas 2014 yang juga kejuaraan kali pertama diperolehi negara Matahari Terbit itu. Manakala penantian Malaysia selama 22 tahun untuk merangkul piala berprestij itu  berterusan.

Kepada pasukan negara, syabas dan tahniah diucapkan walaupun tidak berjaya kerana  mempamerkan semangat melawan hingga ke akhir.

Ahad, 25 Mei 2014

Real Madrid Juara UEFA Champions League 2013-2014. 4-1 Menewaskan Atletico Madrid



Real Madrid muncul juara menang 4-1 keatas Atletico Madrid buat kali ke-10 bagi UEFA Champions League 2013-2014 yang berlangsung di Estadio da Luz, Lisbon awal pagi tadi.

Real Madrid ketinggalan pada babak pertama apabila Atletico membuka tirai jaringan pada minit pada minit ke- 36 melalui jaringan Diego Godin. Perlawanan tampak bakal dimenangi Atletico, namum jaringan penyamaan oleh Sergio Ramos pada masa kecederaan mengheret perlawanan ke masa tambahan. Real Madrid terus gah apabila menambah tiga lagi gol dijaringkan oleh Gareth Bale, Marcelo dan penalti oleh Cristiano Ronaldo. Wisel penamat dibunyikan pengadil Belanda,Bjorn Kuipers dan berkesudahan Real Madrid 4, Atletico Madrid 1.

Real Madrid layak ke perlawanan akhir setelah membenam juara bertahan, Bayern Munich dengan aggregat 5-0. Atletico Madrid pula melangkah ke finah bila menang ke atas Chelsea 3-1 aggregat.


Sumber gambar UEFA.com

Sabtu, 24 Mei 2014

Kawasaki Ninja 250SL Dilancarkan Di Malaysia- Harga Asas RM 17,689.00



Kawasaki Motors (Malaysia) merancakkan lagi segmen permotoran negara dengan melancarkan satu lagi jentera berkuasa 250cc iaitu Kawasaki Ninja 250SL.Motosikal dengan enjin 250cc 1-silinder DOHC 4-lejang ini digelar SL atau singkatannya Slim dan Lighweight dengan berat kering 151kg.Ianya  17kg lebih ringan berbanding Ninja 250 2-silinder.Kawasaki Ninja 250SL dengan 28hp, sejukan cecair serta suntikan bahan api setakat ini hanya ditawarkan dalam dua warna, kuning dan hijau.

Ninja 250SL dijual pada harga asas  RM17,689.00 dan pastinya menarik perhatian bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa 250 cc.





DNA PORCINE(khinzir) Didalam Produk Cadbury-Kementerian Kesihatan Malaysia 24 Mei 2014



 Jika beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan  penyebaran  hasil   ujian   makmal  terhadap  produk  Cadbury di laman sosial, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia tampil dalam kenyataan akhbarnya  mengesahkan kehadiran DNA PORCINE atau khinzir di dalam produk keluaran Cadbury itu.




DNA PORCINE dikesan dalam coklat susu dengan kacal hazel nombor batch 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam nombor batch 221013NO1RI1 bertarikh luput 15 Januari 2015.

Pihak Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. akan memanggil balik produk yang terlibat dari pasaran dengan serta merta.

Nota- Kena berhati-hati lepas ni.Penguatkuasan masih lemah...


Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU