Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Rabu, 12 April 2017

Pengalaman Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Assalam dan salam sejahtera.

Dah agak lama tak bersiaran di blog picisan ni.. hehehe semangat berblog lama menghilang nampaknya..

Ok, terus saja ke misi utama kita. Aku nak ceritakan serba sedikit pengalaman sewaktu ditemuduga untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19. Sebenarnya masa tu gred jawatan masih lagi S17, baru sekarang ada masa berkongsi di sini..

Jadi, sebelum tibanya tarikh temuduga tu, aku dengan semangat berkoba-kobar menGOOGLE info mengenai jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat ni. Waktu ni aku sedang berkhidmat di sebuah badan berkanun tapi berstatus kontrak je. Kira ini peluang aku untuk mencari kerja yang lebih stabil dan tetap.

Akhirnya tibalah saat yang dinanti. Temuduga dijalankan di pusat temuduga SPA di sebuah bandar di pantai timur. Seawal jam 6.30 pagi aku sudah bersiap dan bergerak ke tempat temuduga. Takut lambat katanya padahal jarak dari rumah ke tempat tu cuma ambil masa 30 minit. Semangat katakan. Nak dijadikan cerita dalam perjalanan, berlaku satu kemalangan kecil(bukan aku) antara seorang awek bermotosikal dan sebuah kereta. Sebagai insan prihatin, aku pun berhentilah tolong apa yang patut lebih-lebih lagi awek kut yang kena hehehe.. Alhamdulillah awek tu cuma cedera sikit je. So aku teruskan perjalanan.

Aku tiba di pusat temuduga lebih kurang jam 7.30 pagi. Aku tengok tak ramai pun yang ada, dalam 2 orang sahaja yang. Mungkin awal lagi sebab temuduga bermula 8.00 pagi tak silap aku. Aku orang ketiga yang akan ditemuduga. Masa di kaunter daftar, petugas SPA kat situ sempat pesan susun siap-siap sijil-sijil, ic dan surat beranak dalam folder file ikut susunan  sebab dia kata benda sekecil ini pun panel akan ambil kira.

Tiba masa nombor aku dipanggil. Aku pun bangun dan terus menuju ke bilik temuduga. Dengan lafaz bismillah aku ketuk pintu dan memberi salam. Daun pintu dibuka, dan kelihatan dua orang panel didalam seorang lelaki dan perempuan.Dah masuk tu korang jangan terus duduk pulak, tunggu sehingga disuruh duduk, baru duduk ya. Jarak kerusi dan meja panel agak jauh ya. Kena kuatkan sikit nada suara. Selepas dah serahkan fail sijil dan dokumen temuduga aku pun bermula.

Aku-A
Panel Lelaki- PL
Panel Perempuan- PP

Macam biasa dalam mana-mana temuduga kita disuruh perkenalkan diri dahulu. Aku pun ceritakan lah secara ringkas mengenai diri aku, pendidikan, keluarga dan pengalaman kerja. Part ni aku taklah gementar sangat sebab ini tentang diri kita dah tentu aku boleh jawab. Oh ya, jawatan ni di Jabatan Kebajikan Masyarakat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Masuk part yang lebih sukar. Antara soalan-soalan yang aku ingat lah.

PL: Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang penjawat awam?
A: Amanah, bertanggungjawab, bertimbang rasa, sabar, (sambil beri contoh sikit)

PL: Apa akan kamu lakukan jika berhadapan dengan rakan sekerja dalam erti kata lain senior yang tak mahu buat kerja dia dan suruh kamu yang buat?
A : Gulp!! Sambil tarik nafas dan fikir 2-3 saat sebelum menjawab. Yang pertama saya akan berbincang dengan rakan sekerja saya yang itu adalah tanggungjawabnya dan dia tak berhak menyuruh saya. Kedua saya akan melaporkan ke pihak atasan jika perkara ini masih berulang. Saya pernah berhadapan dengan situasi ini dan saya boleh menguruskannya.

PL : 5 rukun negara
A : Yang ini berjaya dijawab dengan lancar hehe..

PP: Apakah tugas seorang PPM
A : Ini pun boleh jawab, kat website SPA ada.

PP: Sanggup ke bekerja menguruskan OKU, warga emas, kanak-kanak?
A : Insyaallah jika diberi peluang saya akan melakukan sebaik mungkin dan pengalaman yang berharga kerana bukan semua berpeluang bekerja dengan golongan ini.

PP: Andai kata ada penerima bantuan yang memerlukan bantuan segera tapi tiada pengangkutan dan dia lumpuh tapi semua staf lain sibuk dan kamu seorang saja yang ada untuk serahkan duit bantuan apa kamu akan buat?
A:(mak aih dia punya soalan) Saya tak tau bagaimana prosedur pihak JKM. Walaubagaimanapun berdasarkan pengalaman pekerjaan saya yang lepas, setiap perkara ada SOP sendiri lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan duit. Jika keadaan memaksa saya akan bawa bersama ketua kampung tersebut dan merakamkan proses serahan bantuan  itu. Jika perlu saya bawa polis bersama(ada ke orang buat). Dan saya tegaskan ini bukan SOP yang sepatutnya jika melibatkan wang.
PP ; Hmm ok.

PP: Andai kata kamu ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak, apa aktiviti yang awak boleh buat bersama penghuni. Aktiviti sukan macam bola sepak saya tak mahu, itu dah biasa sangat..
A: Ok.. Sekarang zaman teknologi, dan aktiviti lapang saya ialah bermain dron. Jadi saya akan mengadakan satu aktiviti bersama kanak-kanak untuk bermain dron. 
PP: Tapi dron kan mahal harganya? 
A: Dron gred permainan berharga bawah RM100 banyak dijual di pasaran puan. Sewaktu saya bermain di kawasan rumah, ramai kanak-kanak menghampiri untuk melihat lebih dekat dron saya. 
PP: Oh begitu (sambil mengangguk)

PP: Sanggupkah kamu bekerja shift?
A : Ya saya sanggup kerana pekerjaan saya sekarang pun waktu kerja adalah shift dan memang sedia maklum bagi skim S iaitu SOSIAL waktu kerja adalah secara shift bergantung dimana kita akan ditempatkan nanti.

Banyak lagi soalan, tapi hanya ini sahaja yang aku masih ingat. Dalam 40 minit juga lah aku berada dalam bilik temuduga. Habis je temuduga, terus merempit tengok wayang. Hehe tenangkan jiwa katanya.

So, selepas sebulan lebih macam tu,keputusan temuduga keluar, dan aku hanya berjaya sebagai calon simpanan lantikan.. Tapi alhamdulillah, dalam 5 @ 6 bulan lepas tu, status berubah kepada lantikan tetap. Dan sekarang aku sedang berkhidmat di sebuah pusat kanak-kanak istimewa.

Di JKM biasanya kita akan ditempatkan sama ada di Institusi seperti Rumah Seri Kenangan, Sekolah Tunas Bakti waktu kerja adalah mengikut syif atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Ada juga warga JKM akan dipinjamkan ke jabatan lain seperti di Jabatan Penjara, Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Perdana Menteri dan staff ini digelar kader jabatan JKM.

Syukur rezeki selepas 7 tahun memohon pelbagai jawatan di SPA. Takde istilah kabel-kabel. So kepada rakan-rakan diluar, teruskan berusaha walau pernah gagal ya.

















45 ulasan:

Cik Nor berkata...

alhamdulillah..:)

khairul@kechik berkata...

@Normi Nieza

syukur rezeki

Unknown berkata...

Alhamdullillah, saya calon simpanan utk jawatan ni , expired bulan may 2018 , harap ada rezeki 😊

Unknown berkata...

Alhamdulillah...

suhaida nazri berkata...

Wah Alhamdulillah. Saya pun baru nk jawab Exam psikometrik ni. Doakan saya berjaya :)

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah tahniah..sy pun calon simpanan utk jawatan nie..no 4 drpd 30 calon..kira2 ade rezeki x? mse awk jadi calon simpanan ranking awk no brpe ek?

Unknown berkata...

Nak bertanye skop perkerjaannye apew yew encik dlm bidang ni

Unknown berkata...

Alhamdulillah..syukur..

Ray berkata...

Waaaaaaaaaa nnti sy pun akan ade exam online waaaaaa.......

Unknown berkata...

Nak tanya, ppms19 ada ujian dulukh bru kena panggil iv?

Siti aziz berkata...

tahniahhhh,

Unknown berkata...

Boleh tolong sy x. Sy nk mngetahui misi visi, slogan ppm. Atau sama je dgn pembngunan wanita dan masyarakat

Unknown berkata...

So, mcm mana skarang akak.? Stahun blalu.. Ada rezeki tak.? 😊

Unknown berkata...

So, mcm mana skarang akak.? Stahun blalu.. Ada rezeki tak.? ��

Unknown berkata...

Alhdulillah, 29/8/2019 ni saya jawab exam untuk jawatan ni. Doa2kan ye. Terima kasih

ARKHAIVE berkata...

Saya akan masuk belajar degree pada 3/9/19 ni, saya bru terima email tadi dan perlu duduk peperiksaan online 28/8. Saya masih mahu belajar secara sepenuh masa, tapi mak saya mahu saya berhenti dan bekerja jika dapat SPA. Hm... Macam mana ni ? Ada nasihat atau tips? 😔

Unknown berkata...

Salam boleh bantu saya tak tip2 exam n iv sebab saya nervous gak ahh btw sya 29/8 ade exam untuk pembantu pembangunan masyarakat s19 .. 0177404049

Unknown berkata...

Sy tak pernah dapat interview kerajaan jdi sy tak pasti susunan sijil sy btul atau tidak .. Dan sy baru terpilih dalam calon peperiksaan jawatan yang sama.

Unknown berkata...

selamat pagi tuan adakah gred ini penempatan hnya di semenanjung ..atau ada jg penempatan di sabah sarawak?

Unknown berkata...

Sy baru nk ikut peperiksaan ni. Doakan sy ye smua

zieyhasyin.blogspot.com berkata...

hye ..boleh tau skop keje awak x di rumah kanak2 istimea tu..adakah kita yg uruskn diorng atau ada pembantu lain?

Unknown berkata...

Kalau kita dah memang kerja kerja kerajaan boleh ke pi temuduga jaeatan lain di jabatan kerajaan..sekarang sy berada di skim w19 nak tp dpt iv pembantu pembangunan masyarakat..

cikMelyani berkata...

Alhamdulillah....best juga baca pengalaman adik ni....so sekarang adik tgh bkerja dlm ppm dah...boleh la ajar akak kan apa tugasan dlm ppm...whsp akak dek ni no akak 0168438325

Akma berkata...

Assalamualaikum sy nak bertanya waktu kerja tuan di pusat kanak2 office hour atau shift? Jikalau shift jabatan mana kebiasaannya. T. Kasih tuan

Unknown berkata...

Alhamdullilah.

khairul@kechik berkata...

Institusi bawah JKM shift. Mcm rumah kanak-kanak, sekolah tunas bakti dan lain2.

khairul@kechik berkata...

Alhamdullilah

roza km berkata...

Assalamualaikum..saya lulus ujian online utk jawatan ni dan xlama lg akan ada interview..sy nak tanya..jawatan ni ada di Sabah x sbb sy calon dr Sabah..Terima kasih.

Unknown berkata...

Boleh tahu tugas sebenar jwtn ni..

Unknown berkata...

Shift yg tuan maksud kan mcm mana waktu kerja?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...nak tanya jawatan ppm under LPPKN mcm mn ea..adakah skop kerja dia sama mcm JKM

Rokma berkata...

Assalamualaikum wbt....Mohon Doakn anak saya Muhammad Amir Syafiq berjaya dlm iv nya pd 21hb.Oktober ni jaw. PPM
Terima kasih sudi berkongsi pengalaman n Soalan2 iv... Semoga dipermudahkn Allah Segala urusan Tuan dan semua hendakNya Aamiin3 YRA

Unknown berkata...

Smala kita nk p interview 21hb ni brapa hri jew lg,hrap dpatla insyaallah amin,rasanya sabah xdew kut xpnh dgr lg ada,

KACA ELEKTRONIK berkata...

Assalammualaikum admin , terima kasih share , saya pun interview 22hb oct ni , semoga segala urusan dipermudahkan amin 🤲🏼

Mimi berkata...

Alhamdulillah,tahniah. bestnya baca. Huhuuu 40min lama tu. takpna lagi rasa lama duk dlm interview camtu. Rezkiii Allah 😍💞

khairul@kechik berkata...

3 shift. 365 hari setahun

khairul@kechik berkata...

Maaf saya kurang pasti skop tugas untuk LPPKN. Boleh cuba check di laman web mereka.

khairul@kechik berkata...

Amin. Semoga ada rezeki.

khairul@kechik berkata...

Amin..

khairul@kechik berkata...

Lama kan. Alhamdulillah.

QueIshak83 berkata...

Maaf tumpang tny.. Penempatan ni kita yg pilih atau pihak SPA yg bg ?. Sy baru terima keputusan untuk jawatan ni. Alhamdulillah berjaya. Tp pihak SPA suruh telefon person incharge dr JKM dan kementerian Luar Bandar untuk maklumat penempatan dan lapor diri..

AMZA BLOG berkata...

assalamualaikum ..nak tanya ..awak simpanan nombor berapa giliran tu?berapa byk nk pakai time tu?

SyukKu berkata...

Kalau kerja shift, waktu masuk dan balik tu pukul berapa
Dan kalau shift, apakah pekerjaan yang dilakukan?

Hidayah berkata...

Assalamualaikum... Saya baru nak ambik exam jaw.PPM 9jun2021... Doakan saya lulus exam PSEE ya... Moga ada rezeki utk saya berkhidmat sebagai PPM...

Hidayah berkata...

Assalamualaikum... Saya baru nak ambik exam jaw.PPM 9jun2021... Doakan saya lulus exam PSEE ya... Moga ada rezeki utk saya berkhidmat sebagai PPM...

Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU