Anak Emas Aku

Sabtu, 22 Oktober 2011

Aku Suka Cerita Hindustan


Haa.. Hari ni terperap je dalam rumah.. Malas rasanya nak merayap ke bandar. Kalau dah kat rumah ni tv jelah jadi penghibur.. On je tv terus layan cerita hindustan.. Hari  ni TV3 buang tabiat sikit dorang siarkan cerita tamil,Sivaji The Boss.. Wah hero pujaan aku punya cerita ni, si Rajinikanth. Hehe.. Aku pun layan jelah.. Biasalah cerita tamil dgn hindustan ni mesti banyak scene pedooh(mengarut) dengan jalan cerita yang sama..


DEY TAMBI!!



Dalam cerita dorang mesti ada ahli politik jahat dan polis yang korup.. Memang wajib adalah.. Lepas tu hero dengan heroin mestilah hensem dan cantik je.. Pernah ke tengok movie hindi hero dia macam bangla yang turap jalan tu. Berkilat je muka.. Pandang pun tak selera.. Huhu. Lagi mesti kena ada golongan kaya dan miskin. Yang sikaya rumah pula dah macam istana besar je. Simiskin duduk setinggan je dengan ada watak ibu atau bini duk uli tepung sambil nangis.Hehe.. Kalau bab berlawan ni hero dia pergh macam otomen. Setakat 10 orang pakai tangan kosong je, abis semua penjahat melambung.. Haha.. Cukuplah kat sini je.. Kalau korang nak tau lagi, silakan tengok dan habiskan masa selama 3 jam untuk menonton movie hindi.. Macam2 ada.. Padayappa!!





P/S:Walaupun movie dorang agak mengarut,ramai yang suka tengok.. Kenapa ek??



7 ulasan:

cik kinchnaf berkata...

kite pun suke tgk cite hindustan..

MD berkata...

Saya masih meminati filem Hindustan 90,80,70an.....,bukan semua tapi filem tertentu...

Cik tikah berkata...

boleh geng dgn ayah cik tikah suka tgok cite hndustan. hahaha

khairul@kechik berkata...

@cik kinchnaf jom tengok sampai lebam.hehe..

khairul@kechik berkata...

@MD
filem dizaman itu memang seronok utk ditonton

khairul@kechik berkata...

@Cik tikah
haha..jom la join the club..

mohd sasuke berkata...

citer man paling best

Baca Ini Juga

TANAH TUMPAH DARAHKU