Anak Emas Aku

Khamis, 21 November 2013

Pemilihan Awal Perajurit Muda Siri 174 Dan 36 2014


Hai semua.

Berita baik untuk untuk mereka yang mahukan kerjaya yang mencabar.Tentera Darat Malaysia mempelawa mana-mana individu yang berminat untuk hadir ke pemilihan awal perajurit muda yang berlangsung di seluruh negara. Maklumat lanjut pemilihan seperti berikut:


Klik untuk imej lebih jelas

Pagi tadi aku pun dah hadir ke pusat pemilihan di kem 505 Wataniah Kuantan.Isi borang, serahkan dokumen dokumen yang perlu dan check tinggi dan berat.Semua lengkap dan kalau ada rezeki aku bulan 2 ni kena hadir untuk pemilihan akhir pula. 

Isnin, 18 November 2013

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013


Hai semua.

Akademi Fantasia musim 2013 akhirnya melabuhkan tirainya dengan Faizul dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia. Selaku juara beliau akan menerima hadiah rm100 ribu wang tunai dan kontrak rakaman bernilai rm 100 ribu serta trofi.

Faizul juara AF 2013



Senarai lengkap mengikut turutan pemenang:


JUARA - FAIZUL
NAIB JUARA- AZHAEL

KE 3- AMIRA
KE 4- INDAH
KE 5- NABILA
KE 6- AISYAH

Tahniah diucapkan kepada Faizul selaku juara akademi fantasia yang baru.

Sabtu, 16 November 2013

Pengalaman Kerja Di 7 Eleven


Hai semua.

Bulan ni boleh dikatakan agak susah untuk aku update entri. Bukan apa bila sindrom .M.A.L.A.S. melanda, memang tak boleh nak buat apa dah. Ditambah dengan line internet yang super slow membuat aku bertambah malas.

Ok, kali ni aku nak share sikit pengalaman aku masa kerja di 7-Eleven sekitar tahun 2010 sebagai Store Associate.Tugas dia seingat aku jadi cashier,kemas dan susun stok jualan dan housekeeping duty.



Kerja di kedai 24 jam yang tak pernah tutup ni memang memenatkan. Waktu kerja pula 3 syif dari pukul 7 pagi- 3 petang, 3 petang- 11 malam dan 11 malam- 7 pagi. Tapi kadang-kadang kena cover 2 syif terus bila staff kurang.Penat usah katalah sebab kena berdiri je dan tak boleh duduk nanti kena snap dengan cctv. Nak duduk kena masuk stor.

Untuk syif malam, masa zaman aku dia bayar rm 5 untuk satu malam. Ya rm 5 untuk aku berjaga selama 8 jam dengan risiko yang agak tinggi dan aku selalu kena syif malam,huhu. Semua sedia maklum kedai 24 jam ni selalu jadi sasaran perompak sebab pukul 2-5 pagi mana ada orang sangat. So nak tak nak staff lelaki lah yang selalu kena syif malam tapi kalau tak cukup staff, perempuan pun kena juga. Alhamdullilah,sepanjang aku kerja tak pernah lagi kena rompak sebab abang-abang polis selalu lepak kat sini kut.(masa tu inilah satu-satunya 7e yg ada kat sini). Kerja malam orang tak ramai so tugas lebih kepada top up balik barang-barang yang dah kurang tu je lepas tu boleh lepak heheh.

Gaji pula masa tu basic rm700. Sebulan bolehlah dapat 900++.. Cukuplah untuk orang bujang macam aku. Lagipun ni kerja pertama aku sekadar nak cari pengalaman. Masa bulan ramadhan waktu sahur makan maggi cup je sampai naik muak. Masa berbuka pula makan ala kadar je dan bergilir sebab mana sempat nak makan lama-lama customer dah nak bayar. Hari raya pun kerja. Dapatlah insentif rm150 untuk kerja dari raya pertama sampai raya ke lima.Aku minta syif malam sebab waktu siang boleh aku beraya hihi..

Jodoh aku dengan 7 Eleven ni cuma bertahan 8 bulan je pastu aku cabut. Tak tahan juga asyik kena kerja malam balik 7 pagi pastu kena masuk petang tu pula. Aku bukan robot.. Apa pun slurpee dia memang best. Bercawan-cawan sekali minum maklumlah free je masa kerja di situ, hehehe..

P/S: WALAUPUN CAWANGAN AKU TAK JUAL ALKOHOL TAPI ADA JUGA MELAYU CARI.HAMPEH!!

Selasa, 12 November 2013

INFO: Tiada Bantuan Jika Masuk Nombor Pin Terbalik Di Mesin ATM!!


Hai semua.

Polis Diraja Malaysia melalui facebook rasmi mereka menyatakan bahawa sebaran di laman sosial mengenai tips memasukkan nombor pin terbalik di mesin ATM sekiranya dirompak adalah tidak benar.

PDRM juga memberitahu tiada sebarang kod sekuriti diwujudkan bagi membantu pengguna mesin ATM dan ini disahkan oleh bank negara.

Sila dapatkan pengesahan sebelum menyebarkan sesuatu perkara di laman sosial. Jadilah pengguna yang bijak.



Klik untuk imej lebih jelas


P/S: Kalau sistem ni betul-betul wujud bagus juga cuma jangan letak pin no 111111 dahla.. Memang tak akan terbaliknya..

Baca Ini Juga

TANAH TUMPAH DARAHKU