Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan

Sabtu, 16 November 2013

Pengalaman Kerja Di 7 Eleven


Hai semua.

Bulan ni boleh dikatakan agak susah untuk aku update entri. Bukan apa bila sindrom .M.A.L.A.S. melanda, memang tak boleh nak buat apa dah. Ditambah dengan line internet yang super slow membuat aku bertambah malas.

Ok, kali ni aku nak share sikit pengalaman aku masa kerja di 7-Eleven sekitar tahun 2010 sebagai Store Associate.Tugas dia seingat aku jadi cashier,kemas dan susun stok jualan dan housekeeping duty.



Kerja di kedai 24 jam yang tak pernah tutup ni memang memenatkan. Waktu kerja pula 3 syif dari pukul 7 pagi- 3 petang, 3 petang- 11 malam dan 11 malam- 7 pagi. Tapi kadang-kadang kena cover 2 syif terus bila staff kurang.Penat usah katalah sebab kena berdiri je dan tak boleh duduk nanti kena snap dengan cctv. Nak duduk kena masuk stor.

Untuk syif malam, masa zaman aku dia bayar rm 5 untuk satu malam. Ya rm 5 untuk aku berjaga selama 8 jam dengan risiko yang agak tinggi dan aku selalu kena syif malam,huhu. Semua sedia maklum kedai 24 jam ni selalu jadi sasaran perompak sebab pukul 2-5 pagi mana ada orang sangat. So nak tak nak staff lelaki lah yang selalu kena syif malam tapi kalau tak cukup staff, perempuan pun kena juga. Alhamdullilah,sepanjang aku kerja tak pernah lagi kena rompak sebab abang-abang polis selalu lepak kat sini kut.(masa tu inilah satu-satunya 7e yg ada kat sini). Kerja malam orang tak ramai so tugas lebih kepada top up balik barang-barang yang dah kurang tu je lepas tu boleh lepak heheh.

Gaji pula masa tu basic rm700. Sebulan bolehlah dapat 900++.. Cukuplah untuk orang bujang macam aku. Lagipun ni kerja pertama aku sekadar nak cari pengalaman. Masa bulan ramadhan waktu sahur makan maggi cup je sampai naik muak. Masa berbuka pula makan ala kadar je dan bergilir sebab mana sempat nak makan lama-lama customer dah nak bayar. Hari raya pun kerja. Dapatlah insentif rm150 untuk kerja dari raya pertama sampai raya ke lima.Aku minta syif malam sebab waktu siang boleh aku beraya hihi..

Jodoh aku dengan 7 Eleven ni cuma bertahan 8 bulan je pastu aku cabut. Tak tahan juga asyik kena kerja malam balik 7 pagi pastu kena masuk petang tu pula. Aku bukan robot.. Apa pun slurpee dia memang best. Bercawan-cawan sekali minum maklumlah free je masa kerja di situ, hehehe..

P/S: WALAUPUN CAWANGAN AKU TAK JUAL ALKOHOL TAPI ADA JUGA MELAYU CARI.HAMPEH!!

Khamis, 13 Oktober 2011

Cerita Lama: Cybercop


Salam semua... Masih ingat tak lagi dengan cybercop? Alah cerita yang pak mat tempe selalu tengok tu..(nampok sangat menipunya)..Hehe.. Sesiapa yang membesarkan diri sekitar tahun 90-an pasti pernah tonton cerita nikan.. Cybercop ni memang femes la masa tu.. Bebudak sekolah,termasuk akulah mencampakkan kerja rumah bila cerita ni duk tayang kat kaca tv.. Masing2 terlopong je depan tv kena tipu dek jepun ni hahaha..


Pastu besoknya bila ke sekolah masing2 duk berangan nak jadi macam Cybercop..Watak yang aku suka  yang warna merah tu,lupa dah ape nama dia. Sebabnya dia ada power tangan halilintar.. Bukan tu je,aku sanggup melaburkan duit untuk membeli kad Cybercop. Ini dia..





Sinopsis cerita ni kononya pada tahun 1999, jenayah berleluasa dekat bandar Tokyo. Jadi untuk membendung jenayah,  Polis Metropolitan Tokyo yang tak boleh diharapkan(harap2 PDRM tak macam ni) pun tubuhkanlah satu pasukan khas. Diberi nama 'ZAC' (Zero-Section Armed Constable) pasukan ni kerja dorang hanya untuk misi2 khas. Saintis polis yang bijak2 telah mereka sejenis peralatan  dipanggil Bit Suits yang berteknologi tinggi untuk kegunaan pasukan khas ni.Musuh utama ZAC ni ialah sebuah kumpulan penjahat digelar Death Trap.


Lagu  Cybercop
(Dengan terjemahan mengarut)



P/S: SERONOKNYA ZAMAN KANAK2.


Sabtu, 8 Oktober 2011

Askar plastik



Yeahh... Jom main askar plastik. Dulu masa kecik2 benda ni lah penghilang rasa bosan. Aku ingat lagi beli askar ni pada tahun 1997.. Petang2 main bawah kuartes dgn kawan2 .Cara main  korek lubang buat kubu pastu letak askar ni. Then baling batu kearah askar lawan. Askar yg tumbang dikira K.I.A atau senang cerita matilah. Askar terakhir yg masih berdiri dikira sebagai pemenang.Masa tu memang syok habislah main. Maklumlah zaman kanak2 dulu playstation mahal, x mampu bapak aku nak belikan. 









Aku tertanya-tanya.. Askar aku ni x nak pencen ke??

Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU