Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Memaparkan catatan dengan label bola sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bola sepak. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Jun 2014

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014 Peringkat Kumpulan



Sepak mula temasya bola sepak terbesar dunia, Piala Dunia 2014 akan memulakan aksinya pada pagi Jumaat jam 4:00 menemukan tuan rumah Brazil menentang Croatia. Pertemuan untuk kumpulan A ini akan dilangsungkan di Arena de Sau Paulo.

Berikut merupakan jadual perlawanan peringkat kumpulan mengikut waktu Malaysia pada edisi kali ini yang akan berlansung di 12 buah stadium di Brazil.


SABTU, 14 JUN 2014
A 12:00am Mexico lwn Cameroon FT,1-0
B 03:00am Spain lwn Netherlands FT, 1-5
B 06:00am Chile lwn Australia FT, 3-1


AHAD, 15 JUN 2014
C 12:00am Colombia lwn Greece FT,3-0
D 03:00am Uruguay lwn Costa Rica FT, 1-3
D 06:00am England lwn Italy FT, 1-2
C 09:00am Côte d'Ivoire lwn Japan FT, 2-1


ISNIN, 16 JUN 2014
E 12:00am Switzerland lwn Ecuador FT, 2-1
E 03:00am France lwn Honduras FT,3-0
F 06:00am Argentina lwn Bosnia-Herzegovina FT,2-1


SELASA, 17 JUN 2014
G 12:00am Germany lwn Portugal FT, 4-0
F 03:00am Iran lwn Nigeria FT, 0-0
G 06:00am Ghana lwn USA FT, 1-2


RABU, 18 JUN 2014
H 12:00am Belgium lwn Algeria FT, 2-1
A 03:00am Brazil lwn Mexico FT, 0-0
H 06:00am Russia lwn Korea Republic FT, 1-1


KHAMIS, 19 JUN 2014
B 12:00am Australia lwn Netherlands
B 03:00am Spain lwn Chile
A 06:00am Cameroon lwn Croatia


JUMAAT, 20 JUN 2014
C 12:00am Colombia lwn Côte
D 03:00am Uruguay lwn England
C 06:00am Japan lwn Greece


SABTU, 21 JUN 2014
D 12:00am Italy lwn Costa Rica
E 03:00am Switzerland lwn France
E 06:00am Honduras lwn Ecuador


AHAD, 22 JUN 2014
F 12:00am Argentina lwn Iran
G 03:00am Germany lwn Ghana
F 06:00am Nigeria lwn Bosnia-Herzegovina


ISNIN, 23 JUN 2014
H 12:00am Belgium lwn Russia
H 03:00am Korea Republic lwn Algeria
G 06:00am USA lwn Portugal


SELASA, 24 JUN 2014
B 12:00am Australia lwn Spain
B 12:00am Netherlands lwn Chile
A 04:00am Cameroon lwn Brazil
A 04:00am Croatia lwn Mexico


RABU, 25 JUN 2014
D 12:00am Italy lwn Uruguay
D 12:00am Costa Rica lwn England
C 04:00am Japan lwn Colombia
C 04:00am Greece lwn Côte d'Ivoire


KHAMIS, 26 JUN 2014
F 12:00am Nigeria lwn Argentina
F 12:00am Bosnia-Herzegovina lwn Iran
E 04:00am Honduras lwn Switzerland
E 04:00am Ecuador lwn France


JUMAAT, 27 JUN 2014
G 12:00am US lwn Germany
G 12:00am Portugal lwn Ghana
H 04:00am Korea Republic lwn Belgium
H 04:00am Algeria lwn Russia


Bola-bola juga, jangan sampai  ponteng kerja atau sekolah pula. Rancanglah perlawanan yang hendak ditonton sebaiknya.

Lagi berita kehangatan Piala Dunia disini

Jumaat, 20 Jun 2014

Keputusan Penuh Perlawanan England vs Uruguay, Piala Dunia Brazil 2014



Keputusan penuh England vs Uruguay,Kumpulan D

Venue: Stadium Arena de Sau Paulo

Tamat masa perlawanan:

England 1-2 Uruguay

(England)
Rooney 76'

(Uruguay)
Suarez 39', 85'


England 1-2 Uruguay

Khamis, 19 Jun 2014

Live Streaming England vs Uruguay, Piala Dunia Brazil 2014.




Perlawanan tumpuan bagi kumpulan D, England vs Uruguay jam 3:00 pagi waktu Malaysia. Semestinya satu perlawanan menarik untuk ditonton setelah kedua-dua pasukan tewas pada perlawanan pertama dan perlu menang keatas lawan masing-masing untuk menghidupkan peluang layak ke pusingan seterusnya. Live Streaming England vs Uruguay boleh ditonton di link yang disediakan dibawah:


Live Streaming England vs Uruguay
Jumaat 20 Jun 2014 3:00 pagi waktu Malaysia
Stadium Arena Corinthians







Selamat menonton.

Rabu, 18 Jun 2014

Live Streaming Belanda vs Australia , Piala Dunia Brazil 2014





Perlawanan antara Belanda vs Australia bagi Kumpulan B pada jam 12 tengah malam ini. Berikut disediakan link live streaming Belanda vs Australia 19 Jun 2014:






Selamat menonton.

Selasa, 17 Jun 2014

Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2014, Jerman vs Portugal


Berikut keputusan perlawanan Piala Dunia 2014 bagi kumpulan G Jerman vs Portugal

Venue: Stadium Fonte Nova, Salvador Brazil

Tamat masa perlawanan:

Jerman 4-0 Portugal

Thomas Mueller 12'(penalti), 45'+1, 78'
Hummels 32'

*Hatrik pertama untuk kejohanan Piala Dunia 2014


Isnin, 16 Jun 2014

Keputusan Perlawanan Switzerland vs Ecuador, Piala Dunia 2014


Keputusan perlawanan Switzerland vs Ecuador bagi Kumpulan E

Venue : Estadio Nacional, Brasilia

Tamat masa perlawanan:

Switzerland 2-1 Ecuador


(Switzerland)
Mehmedi 48'
Seferovic 90'+3

(Ecuador)
E. Valencia 22'



*Jom sertai acara menarik sempena Piala Dunia 2014 disini

Sabtu, 14 Jun 2014

Keputusan Penuh Dan Kedudukan Terkini Liga Super Malaysia 14 Jun 2014


Pahang menewaskan Kelantan 1-0 pada perlawanan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati pada masa pertama menyaksikan tiada jaringan dihasilkan. Bagaimanapun, Matias Conti memecah kebuntuan pada mini ke 64' apabila memanfaatkan umpanan Gopinathan untuk menewaskan penjaga gol Kelantan. Pahang berpeluang menambah jaringan, namun penjaga gol Kelantan Apek cemerlang menepis beberapa cubaan. Tamat masa perlawanan Pahang 1-0 Kelantan.

Keputusan perlawanan lain Liga Super Malaysia 2014 pula adalah seperti berikut :

T-Team 2-0 PKNS
Patrick Wangai 45', Nizad Ayub 85'

Sime Darby 4-0 Perak
Dilshod 45' 54',Nazrul 77', Shafiq 86'

LionsXII 0-0 Sarawak

Kedudukan terkini Liga Super Malaysia 2014

kedudukan 7 teratas


Jumaat, 13 Jun 2014

Piala Dunia 2014, Brazil Menang 3-1 Tewaskan Croatia


Tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil memulakan saingan peringkat kumpulan dengan bergaya apabila membenam Croatia 3-1 pada perlawanan sulung kejohanan di Arena de Sau Paulo.

Brazil walaubagaimanapun ketinggalan pada minit ke 11' setelah gol sendiri pemain pertahanan, Marcelo. Penyerang Barcelona, Neymar merapatkan kedudukan pada minit ke 29' melalui sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti menewaskan pejaga gol Croatia. Neymar sekali lagi meledak melalui penalti yang berjaya disudahi pada minit 71'. Oscar, kemudiannya menambah derita Croatia pada minit 91' dengan jaringannya.

Tamat masa perlawanan, Brazil 3, Croatia 1.






Jumaat, 30 Mei 2014

Pahang Ke Final Piala FA. Tewaskan JDT Agregat 2-1


Pahang melangkah ke final Piala FA 2014 setelah berjaya menewaskan JDT 1-0  di Stadium Darul Makmur dengan keputusan agregat 2-1. Gol kemenangan Pahang disumbangkan oleh Faizul Hussein pada minit ke-80 melalui satu sepakan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi.  Pada perlawanan pertama di Johor Baharu, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Lawan Pahang di final akan ditentukan antara pasukan Kelantan atau Felda United yang turun beraksi esok setelah terikat 3-3 pada perlawanan pertama.

PHG 2-1 JDT

*Siap-sedia untuk berhogoh di final nanti


Ahad, 25 Mei 2014

Real Madrid Juara UEFA Champions League 2013-2014. 4-1 Menewaskan Atletico Madrid



Real Madrid muncul juara menang 4-1 keatas Atletico Madrid buat kali ke-10 bagi UEFA Champions League 2013-2014 yang berlangsung di Estadio da Luz, Lisbon awal pagi tadi.

Real Madrid ketinggalan pada babak pertama apabila Atletico membuka tirai jaringan pada minit pada minit ke- 36 melalui jaringan Diego Godin. Perlawanan tampak bakal dimenangi Atletico, namum jaringan penyamaan oleh Sergio Ramos pada masa kecederaan mengheret perlawanan ke masa tambahan. Real Madrid terus gah apabila menambah tiga lagi gol dijaringkan oleh Gareth Bale, Marcelo dan penalti oleh Cristiano Ronaldo. Wisel penamat dibunyikan pengadil Belanda,Bjorn Kuipers dan berkesudahan Real Madrid 4, Atletico Madrid 1.

Real Madrid layak ke perlawanan akhir setelah membenam juara bertahan, Bayern Munich dengan aggregat 5-0. Atletico Madrid pula melangkah ke finah bila menang ke atas Chelsea 3-1 aggregat.


Sumber gambar UEFA.com

Rabu, 30 Oktober 2013

Tiket Final Piala Malaysia 2013 Laris Walaupun Sistem Jualan Masih Ditakuk Lama.


Hai semua.

Penangan final. Itu yang aku boleh katakan tentang final Piala Malaysia 2013 kali ni.Pertemuan dua negeri pantai timur yang amat ditunggu-tunggu. Seawal 5 pagi dah ada penyokong yang beratur untuk dapatkan tiket di Stadium Darul Makmur walaupun kaunter tiket hanya dibuka jam 10 pagi.

30 ribu tiket mula dijual hari ni, tapi yang peliknya semalam lagi dah ada orang yang dapat tiket. Siap pos dalam facebook lagi.Macam ada yang tak kena je. Kesian dekat penyokong-penyokong setia yang takde kabel besar ni dan tak kenal dengan ketua pemuda,wanita,puteri ni.Beraturlah dua tiga jam untuk sekeping tiket, berasak sana sini tengah panas dengan bau-bauan yang menusuk kalbu..

Sistem tiket bola kat Malaysia ni sebenarnya masih ditakuk lama. sepatutnya kena wujudkan jualan tiket dalam talian. Barulah senang semua pihak tak payah nak berebut-rebut dah.Polis,Rela,Jpam dan persatuan negeri pun tak pening kepala dah. Ulat-ulat tiket durjana pun tak boleh ambil kesempatan.

Tapi siapalah suara-suara kecil ni tiada siapa pun nak dengar. Huh malas dah nak membebel.Majulah Sukan Untuk Kroni, Ulat Tiket...PFSLJ!!!


Beratur tepi jalan tengah panas. apo nak buek.

Inilah barisan kita!!

Akhirnya!!
P/S: Bior muka hitam,asalkan hitam putih takkan padam!!!

Sabtu, 26 Oktober 2013

Piala Malaysia 2013:Pahang Layak Keperlawanan Akhir Bertemu Kelantan


Hai semua.

Pahang akan ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 setelah berjaya menewaskan pasukan sarawak melalui aggregat 4-2 setelah seri 1-1 di Kuching.

Sarawak mendahului kedudukan pada minit 31' melalui tandukan Bobby Gonzales yang berjaya menewaskan penjaga gol Pahang. Namun Fauzi Roslan, yang masuk menggantikan Matias Conti merapatkan kendudukan pada minit ke 73' sekaligus memastikan tempat untuk Pahang di final.

Pahang akan bertemu Kelantan di Stadium Shah Alam pada 3 November nanti.







#THIS IS PANTAI TIMUR, HOGOH PAHANG HOGOH!!!

Jumaat, 25 Oktober 2013

Kelantan Ke Final Piala Malaysia 2013


Hai semua

Saingan Piala Malaysia 2013 menghampiri kemuncak apabila pasukan  Kelantan telah berjaya melayakkan diri ke saingan akhir setelah berjaya menewaskan pasukan  ATM  dengan aggregat 4-3 setelah seri 2-2 dalam pertemuan di Kota Bharu ini.

ATM mendahului permainan melalui  2 gol jaringan Marlon Alex James sebelum Fakri Saarani merapatkan jurang pada minit ke 81'.Badri Radzi memastikan Kelantan layak ke perlawanan akhir melalui jaringan penyamaan pada minit ke 85'.

Lawan Kelantan di perlawanan akhir akan ditentukan esok di Kuching dimana Pahang akan bertemu Sarawak untuk slot ke final.


P/S:HITAM PUTIH TAKKAN PADAM!!!





Isnin, 31 Oktober 2011

Ianya Manchester United Dan Bukannya Man U!!







Tahukah anda wahai peminat Manchester United?

KUMPULAN ANTI MU MNGEJEK PEMAIN2 MANCHESTER UNITED YANG MATI PADA "TRAGEDI MUNICH" YANG TERJADI PD 6 FEBRUARI 1958  DGN MENYANYI: 

“Man U, Man U, went on a plane. Man U Man U never came home again.” atau “Man U Never Intended Coming Home” (Gabungan huruf pertama , M + U + N + I + C + H = MUNICH)



Jadi kepada peminat Manchester United jangan gunakan lagi gelaran Man U terhadap pasukan kesayangan kita.. Adalah amat menyedihkan jika peminat sendiri menyebutnya.. Okies..




Tengok ini juga:


Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU