Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

Khamis, 29 Mei 2014

Unik. Kereta Tanpa Stereng Keluaran Google

Los Angeles: Google akan mengeluarkan kereta tanpa stereng yang boleh memandu dengan sendiri.
Dalam kenyataannya  syarikat itu berkata, kereta unik itu yang mempunyai dua tempat duduk itu tidak akan dijual kepada orang awam.

Bagaimanapun, ia berharap 100 prototaip kereta itu akan berada di jalan raya pertengahan tahun depan.
Ia adalah lanjutan kepada langkah Google yang sebelum ini memandu ribuan kilometer di California menggunakan kereta SUV Lexus dan Toyota Prius yang dilengkapi gabungan penderia serta komputer.

Bagaimanapun, kereta itu mempunyai pemandu sekiranya berlaku kecemasan sedangkan kereta baru yang bakal dikeluarkan tidak langsung memerlukan pemandu untuk mengendalikannya.

Selain itu, ia tidak akan mempunyai pedal brek dan minyak, sebaliknya butang untuk ‘bergerak’ dan ‘berhenti.’ - Agensi

Comel je bentuk
Kalau dijual pun harga dia mesti beriban-riban..hehehe.

SUMBER


Isnin, 26 Mei 2014

Jepun Juara Piala Thomas 2014



Pasukan badminton Jepun, muncul juara Piala Thomas 2014 edisi ke 28 setelah menewaskan Malaysia dengan mata 3-2. Malaysia meraih mata sulung apabila sandaran negara, Datuk Lee Chong Wei menang perlawanan pertama menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16.

Wakil ke dua Malaysia beregu Tan Boon Heong / Hoon Thien How bagamainapun tewas kepada pasangan Jepun 21-12, 17-21, 19-21. Perseorangan negara berikutnya Chong Wei Feng turut mengalami nasib yang sama apabila tumpas kepada Kento Momota 15-21, 17-21.

Wakil seterusnya,pasangan beregu berikutnya, Goh V Shem / Tan Wee Kiong menyalakan kembali harapan negara bila menang ke atas pasangan Jepun Keigo Sonoda / Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12. Sekaligus Malaysia terikat 2-2 dengan Jepun.

Harapan yang disandarkan pada wakil terakhir negara, Liew Darren walau bagaimanapun tewas kepada Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21. Jepun muncul juara Piala Thomas 2014 yang juga kejuaraan kali pertama diperolehi negara Matahari Terbit itu. Manakala penantian Malaysia selama 22 tahun untuk merangkul piala berprestij itu  berterusan.

Kepada pasukan negara, syabas dan tahniah diucapkan walaupun tidak berjaya kerana  mempamerkan semangat melawan hingga ke akhir.

Ahad, 25 Mei 2014

Real Madrid Juara UEFA Champions League 2013-2014. 4-1 Menewaskan Atletico Madrid



Real Madrid muncul juara menang 4-1 keatas Atletico Madrid buat kali ke-10 bagi UEFA Champions League 2013-2014 yang berlangsung di Estadio da Luz, Lisbon awal pagi tadi.

Real Madrid ketinggalan pada babak pertama apabila Atletico membuka tirai jaringan pada minit pada minit ke- 36 melalui jaringan Diego Godin. Perlawanan tampak bakal dimenangi Atletico, namum jaringan penyamaan oleh Sergio Ramos pada masa kecederaan mengheret perlawanan ke masa tambahan. Real Madrid terus gah apabila menambah tiga lagi gol dijaringkan oleh Gareth Bale, Marcelo dan penalti oleh Cristiano Ronaldo. Wisel penamat dibunyikan pengadil Belanda,Bjorn Kuipers dan berkesudahan Real Madrid 4, Atletico Madrid 1.

Real Madrid layak ke perlawanan akhir setelah membenam juara bertahan, Bayern Munich dengan aggregat 5-0. Atletico Madrid pula melangkah ke finah bila menang ke atas Chelsea 3-1 aggregat.


Sumber gambar UEFA.com

Sabtu, 24 Mei 2014

Kawasaki Ninja 250SL Dilancarkan Di Malaysia- Harga Asas RM 17,689.00



Kawasaki Motors (Malaysia) merancakkan lagi segmen permotoran negara dengan melancarkan satu lagi jentera berkuasa 250cc iaitu Kawasaki Ninja 250SL.Motosikal dengan enjin 250cc 1-silinder DOHC 4-lejang ini digelar SL atau singkatannya Slim dan Lighweight dengan berat kering 151kg.Ianya  17kg lebih ringan berbanding Ninja 250 2-silinder.Kawasaki Ninja 250SL dengan 28hp, sejukan cecair serta suntikan bahan api setakat ini hanya ditawarkan dalam dua warna, kuning dan hijau.

Ninja 250SL dijual pada harga asas  RM17,689.00 dan pastinya menarik perhatian bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa 250 cc.





DNA PORCINE(khinzir) Didalam Produk Cadbury-Kementerian Kesihatan Malaysia 24 Mei 2014



 Jika beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan  penyebaran  hasil   ujian   makmal  terhadap  produk  Cadbury di laman sosial, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia tampil dalam kenyataan akhbarnya  mengesahkan kehadiran DNA PORCINE atau khinzir di dalam produk keluaran Cadbury itu.




DNA PORCINE dikesan dalam coklat susu dengan kacal hazel nombor batch 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam nombor batch 221013NO1RI1 bertarikh luput 15 Januari 2015.

Pihak Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. akan memanggil balik produk yang terlibat dari pasaran dengan serta merta.

Nota- Kena berhati-hati lepas ni.Penguatkuasan masih lemah...


Khamis, 21 November 2013

Pemilihan Awal Perajurit Muda Siri 174 Dan 36 2014


Hai semua.

Berita baik untuk untuk mereka yang mahukan kerjaya yang mencabar.Tentera Darat Malaysia mempelawa mana-mana individu yang berminat untuk hadir ke pemilihan awal perajurit muda yang berlangsung di seluruh negara. Maklumat lanjut pemilihan seperti berikut:


Klik untuk imej lebih jelas

Pagi tadi aku pun dah hadir ke pusat pemilihan di kem 505 Wataniah Kuantan.Isi borang, serahkan dokumen dokumen yang perlu dan check tinggi dan berat.Semua lengkap dan kalau ada rezeki aku bulan 2 ni kena hadir untuk pemilihan akhir pula. 

Isnin, 18 November 2013

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013


Hai semua.

Akademi Fantasia musim 2013 akhirnya melabuhkan tirainya dengan Faizul dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia. Selaku juara beliau akan menerima hadiah rm100 ribu wang tunai dan kontrak rakaman bernilai rm 100 ribu serta trofi.

Faizul juara AF 2013



Senarai lengkap mengikut turutan pemenang:


JUARA - FAIZUL
NAIB JUARA- AZHAEL

KE 3- AMIRA
KE 4- INDAH
KE 5- NABILA
KE 6- AISYAH

Tahniah diucapkan kepada Faizul selaku juara akademi fantasia yang baru.

Selasa, 12 November 2013

INFO: Tiada Bantuan Jika Masuk Nombor Pin Terbalik Di Mesin ATM!!


Hai semua.

Polis Diraja Malaysia melalui facebook rasmi mereka menyatakan bahawa sebaran di laman sosial mengenai tips memasukkan nombor pin terbalik di mesin ATM sekiranya dirompak adalah tidak benar.

PDRM juga memberitahu tiada sebarang kod sekuriti diwujudkan bagi membantu pengguna mesin ATM dan ini disahkan oleh bank negara.

Sila dapatkan pengesahan sebelum menyebarkan sesuatu perkara di laman sosial. Jadilah pengguna yang bijak.



Klik untuk imej lebih jelas


P/S: Kalau sistem ni betul-betul wujud bagus juga cuma jangan letak pin no 111111 dahla.. Memang tak akan terbaliknya..

Khamis, 31 Oktober 2013

Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas


Hai semua.

Selepas negara dikejutkan dengan kes rompakan oleh pengawal keselamatan hingga mengakibatkan kematian seorang pegawai bank rujuk sini, lagi kes rompakan melibatkan pengawal keselamatan berlaku. Kali ini kejadian di Setapak seorang pegawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, berhampiran Setapak pagi tadi.

Premis itu telah dirompak sekitar jam 9 pagi dimana suspek mengacukan pistol ke arah pekerja sebelum melarikan barang kemas dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan, tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Menurutnya lagi,suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi pemilik kedai emas berkenaan.

SUMBER ASAL BERITA



*GAMBAR HIASAN*


P/S:JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

Jumaat, 25 Oktober 2013

Bajet 2014: Kadar Baru BR1M, GST Diperkenalkan Dan Subsidi Gula Dimansuhkan


Hai semua.

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Bin Razak dalam pembentangan Bajet 2014  mengumumkan kadar baru pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M).

Untuk isi rumah berpendapatan Rm3000 dan kebawah,mereka akan menerima Rm650 berbanding nilai sebelum ini Rm500.
Manakala untuk golongan bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi Rm2000 yang sebelum ini menerima Rm250, dinaikkan kepada Rm300.

Beliau juga mengumumkan pemansuhan subsidi untuk gula sebanyak 34 sen berkuatkuasa 26 Oktober 2013. Langkah ini diambil kononnya untuk mengawal penyakit diabetes yang banyak dihidapi rakyat Malaysia.

Selain itu, Goods And Services Tax (GST) akan dikuatkuasakan bermula pada I April 2015, 17 bulan dari sekarang. Nilai yang dikenakan adalah pada 6 %. Sales Tax dan Services Tax pula akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST.

GST tidak akan melibatkan barang makanan asas,perkhidmatan pengangkutan,perkhidmatan kerajaan, bekalan air paip,200 unit pertama bekalan elektrik sebulan untuk pengguna domestik.Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih  turut dikecualikan dari GST.



P/S: MANIFESTO BUKAN JANJI

Rabu, 23 Oktober 2013

Pegawai Bank Maut Ditembak Dengan Pump Gun


SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.

Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank  berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal meninggalkan tempat kejadian.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.

Sumber



NOTA:Harapkan pagar, pagar makan padi. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Hilang Dalam Tandas Antara Sebab Utama Kehilangan Senjata Api PDRM




"KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyenaraikan lima sebab utama kehilangan senjata api anggota polis seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, awal bulan ini.

Sebab-sebab tersebut bagaimanapun tidak menyatakan ‘jatuh dalam laut’ sebagai antara punca senjata-senjata itu hilang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan bertulis kepada anggota Parlimen PKR-Batu Tian Chua berkata sebab utama kehilangan ialah kereta polis dipecah, senjata api tertinggal dalam kereta, diragut atau disamun, tercicir ketika menjalan tugas, kehilangan dalam tandas dan hilang dalam pejabat.

Beliau menjelaskan, secara keseluruhan senjata yang hilang adalah dari senjata ringan (pistol dan revolver) yang boleh diletakkan di badan.

"Daripada 44 senjata api yang hilang berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012, tujuh daripadanya telah dijumpai," kata Ahmad Zahid."

sumber

Gambar Hiasan

P/S: POLIS PUN MANUSIA BIASA TAK LEPAS DARI KESILAPAN

Sabtu, 12 November 2011

Kad kredit MU


Lagi kerjasama Manchester United dengan syarikat tempatan



MALAYAN Banking Bhd (Maybank) optimis menarik kira-kira 300,000 pemegang kad kredit baru dalam tempoh tiga tahun didorong pengenalan kad Maybankard Visa Manchester United yang menawarkan pulangan nilai berganda kepada pelanggan terutama peminat kelab bola sepak ternama itu.
Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata, jalinan kerjasama itu sebahagian daripada strategi Maybank untuk berganding bahu dengan jenama besar untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Ketika ini, kami mempunyai 1.5 juta pemegang kad kredit dan dengan kerjasama bersama kelab bola sepak terkemuka Manchester United (MU), kami yakin mampu menarik 30,000 pemegang kad baru dalam masa terdekat.

“Seterusnya, kami mengunjurkan untuk memperoleh 300,000 pelanggan baru dalam masa tiga tahun sekali gus meningkatkan penguasaan pasaran berbanding 18 peratus ketika ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kad Maybankard Visa Manchester United oleh bekas pemain pertahanan MU, Gary Pallister di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata, sempena pelancaran itu, Maybank menawarkan peluang kepada pemegang kad baru memenangi dua tiket untuk menyaksikan perlawanan MU menentang Liverpool di Old Trafford pada Februari 2012.


P/S:Lihatlah betapa kuatnya pengaruh Manchester United.Glory glory MU..


Jumaat, 11 November 2011

Lelaki tuntut tangan dipulang




Sumber :Metro



TAOYUAN (Taiwan): Seorang lelaki rakyat Taiwan, semalam menuntut pihak berkuasa China memulangkan tangan kirinya yang dipotong selepas insiden samun dan disimpan polis negara itu sebagai bahan bukti.
Hu Chi-yang, 59, berkata, dia diserang oleh tiga lelaki di tenggara wilayah China di Fujian minggu lalu. Dia berkata, mereka menyamun wang tunai AS$600 (RM1,920) miliknya dan cuba memotong tangan kirinya bagi mendapatkan cincin dan jam Rolex dipakainya.

Hu, ahli perniagaan yang sudah bersara berkata, dia setuju supaya tangannya dipotong selepas doktor memberitahunya ia cedera parah dan tidak dapat diselamatkan. Bagaimanapun, polis tempatan enggan membenarkan dia mengambil semula tangannya untuk dibawa pulang ke Taiwan.

Bercakap kepada media dari katil hospital di Taoyuan, di utara Taiwan dia berkata: “Saya mangsa dalam kes ini tetapi mereka melayan saya bagaikan saya ini perompak. Saya tidak mahu lagi pergi ke China.

Dengan nada suara yang marah sambil menitiskan air mata Hu berkata, polis di Putian bersikap buruk dan menegaskan dia perlu memberi kenyataan penuh sebelum dibenarkan menjalani pembedahan.

“Saya minta mereka memulangkan tangan saya tetapi mereka kata mereka perlu menyimpannya untuk siasatan,” katanya. Kes Hu itu mendapat liputan meluas oleh media Taiwan sejak dia pulang dari Putian Selasa lalu.


Polis di Putian berkata, mereka menghadapi tekanan ekoran kes itu tetapi menafikan tangan Hu sudah dipotong.

“Kes itu tidak terjadi seperti mana dilaporkan media. Namun, kesannya amat besar sekarang, jadi pegawai kanan memberi perhatian penuh terhadap kes itu,” kata pegawai polis di Biro Keselamatan Awam Putian.

“Tangannya masih melekat di tubuhnya. Khabar angin kadangkala memang bodoh,” katanya sambil mengakui Hu mengalami kecederaan. - AFP




Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU