Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Sabtu, 12 November 2011

Kad kredit MU


Lagi kerjasama Manchester United dengan syarikat tempatan



MALAYAN Banking Bhd (Maybank) optimis menarik kira-kira 300,000 pemegang kad kredit baru dalam tempoh tiga tahun didorong pengenalan kad Maybankard Visa Manchester United yang menawarkan pulangan nilai berganda kepada pelanggan terutama peminat kelab bola sepak ternama itu.
Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata, jalinan kerjasama itu sebahagian daripada strategi Maybank untuk berganding bahu dengan jenama besar untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Ketika ini, kami mempunyai 1.5 juta pemegang kad kredit dan dengan kerjasama bersama kelab bola sepak terkemuka Manchester United (MU), kami yakin mampu menarik 30,000 pemegang kad baru dalam masa terdekat.

“Seterusnya, kami mengunjurkan untuk memperoleh 300,000 pelanggan baru dalam masa tiga tahun sekali gus meningkatkan penguasaan pasaran berbanding 18 peratus ketika ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kad Maybankard Visa Manchester United oleh bekas pemain pertahanan MU, Gary Pallister di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata, sempena pelancaran itu, Maybank menawarkan peluang kepada pemegang kad baru memenangi dua tiket untuk menyaksikan perlawanan MU menentang Liverpool di Old Trafford pada Februari 2012.


P/S:Lihatlah betapa kuatnya pengaruh Manchester United.Glory glory MU..


Tiada ulasan:

Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU