Anak Emas Aku

Rabu, 30 Oktober 2013

Tiket Final Piala Malaysia 2013 Laris Walaupun Sistem Jualan Masih Ditakuk Lama.


Hai semua.

Penangan final. Itu yang aku boleh katakan tentang final Piala Malaysia 2013 kali ni.Pertemuan dua negeri pantai timur yang amat ditunggu-tunggu. Seawal 5 pagi dah ada penyokong yang beratur untuk dapatkan tiket di Stadium Darul Makmur walaupun kaunter tiket hanya dibuka jam 10 pagi.

30 ribu tiket mula dijual hari ni, tapi yang peliknya semalam lagi dah ada orang yang dapat tiket. Siap pos dalam facebook lagi.Macam ada yang tak kena je. Kesian dekat penyokong-penyokong setia yang takde kabel besar ni dan tak kenal dengan ketua pemuda,wanita,puteri ni.Beraturlah dua tiga jam untuk sekeping tiket, berasak sana sini tengah panas dengan bau-bauan yang menusuk kalbu..

Sistem tiket bola kat Malaysia ni sebenarnya masih ditakuk lama. sepatutnya kena wujudkan jualan tiket dalam talian. Barulah senang semua pihak tak payah nak berebut-rebut dah.Polis,Rela,Jpam dan persatuan negeri pun tak pening kepala dah. Ulat-ulat tiket durjana pun tak boleh ambil kesempatan.

Tapi siapalah suara-suara kecil ni tiada siapa pun nak dengar. Huh malas dah nak membebel.Majulah Sukan Untuk Kroni, Ulat Tiket...PFSLJ!!!


Beratur tepi jalan tengah panas. apo nak buek.

Inilah barisan kita!!

Akhirnya!!
P/S: Bior muka hitam,asalkan hitam putih takkan padam!!!

1 ulasan:

Lilynn Wifey Sham berkata...

dasat kan penangan fanatik bola :)

Baca Ini Juga

TANAH TUMPAH DARAHKU