Anak Emas Aku

Khamis, 31 Oktober 2013

Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas


Hai semua.

Selepas negara dikejutkan dengan kes rompakan oleh pengawal keselamatan hingga mengakibatkan kematian seorang pegawai bank rujuk sini, lagi kes rompakan melibatkan pengawal keselamatan berlaku. Kali ini kejadian di Setapak seorang pegawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, berhampiran Setapak pagi tadi.

Premis itu telah dirompak sekitar jam 9 pagi dimana suspek mengacukan pistol ke arah pekerja sebelum melarikan barang kemas dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan, tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Menurutnya lagi,suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi pemilik kedai emas berkenaan.

SUMBER ASAL BERITA



*GAMBAR HIASAN*


P/S:JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

2 ulasan:

Lilynn Wifey Sham berkata...

bahaya sangat sekarang ni yer..

Nina Maslizza berkata...

teruk la Malaysia sekarang ni..kadar jenayah menjadi2.Lebih2 lagi penggunaan senjata api dalam jenayah semakin meningkat. Takut nak balik Malaysia

Baca Ini Juga

TANAH TUMPAH DARAHKU