Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Selasa, 10 Jun 2014

Maklum Balas JAKIM Mengenai Kilang Bihun Kotor


Susulan pendedahan gambar di sebuah kilang bihun yang menjjikan di laman sosial, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui laman sosial rasmi mereka memberikan maklum balas berikut.




Walaupun pihak syarikat tersebut bukan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak mempunyai sijil halal yang sah, berdasarkan lambang masjid yang digunakan kita sendiri boleh agak sasaran pelanggan syarikat durjana ini.

Kita selaku pengguna nampaknya kena lebih peka mengenai logo halal palsu pada barangan yang dijual. Sungguh sedih rasanya tinggal di negara ISLAM, tapi banyak produk makanan diragui status halalnya.


Baca Ini Juga :

Michael Jackson Di Malaysia?
Smartphone Lama Kasi Tukar Baru!! Iphone 5S tu!!
Khasiat Buah Kiwi

Keadaan Kilang Bihun Yang Menjijikan!!



Hai semua.

Perkongsian dari laman facebook menunjukkan beberapa keping gambar dipercayai diambil disebuah kilang memproses bihun di selayang.

Keadaan kilang  serta mesin memproses bihun yang kotor ditambah dengan perkerja membungkus bihun tidak berbaju dan tidak memakai sarung tangan semasa mengendalikan bihun cukup meloyakan.

Lebih menyedihkan lagi bila gambar masjid dijadikan logo pada bungkusan bihun seolah-olah mahu menipu pengguna.

Diharap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu supaya pengguna-pengguna tidak terus tertipu dengan mereka yang mahu mengaut keuntungan semata-mata.


Bihun Cap BULU KETIAK



Mungkin ada pelbagai 'objek' asing didalamnya

Gambar masjid dipergunakan


P/S:TIADA DNA BANGLA DIKESAN DALAM BIHUN


Sabtu, 24 Mei 2014

DNA PORCINE(khinzir) Didalam Produk Cadbury-Kementerian Kesihatan Malaysia 24 Mei 2014



 Jika beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan  penyebaran  hasil   ujian   makmal  terhadap  produk  Cadbury di laman sosial, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia tampil dalam kenyataan akhbarnya  mengesahkan kehadiran DNA PORCINE atau khinzir di dalam produk keluaran Cadbury itu.




DNA PORCINE dikesan dalam coklat susu dengan kacal hazel nombor batch 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam nombor batch 221013NO1RI1 bertarikh luput 15 Januari 2015.

Pihak Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. akan memanggil balik produk yang terlibat dari pasaran dengan serta merta.

Nota- Kena berhati-hati lepas ni.Penguatkuasan masih lemah...


Selasa, 12 November 2013

INFO: Tiada Bantuan Jika Masuk Nombor Pin Terbalik Di Mesin ATM!!


Hai semua.

Polis Diraja Malaysia melalui facebook rasmi mereka menyatakan bahawa sebaran di laman sosial mengenai tips memasukkan nombor pin terbalik di mesin ATM sekiranya dirompak adalah tidak benar.

PDRM juga memberitahu tiada sebarang kod sekuriti diwujudkan bagi membantu pengguna mesin ATM dan ini disahkan oleh bank negara.

Sila dapatkan pengesahan sebelum menyebarkan sesuatu perkara di laman sosial. Jadilah pengguna yang bijak.



Klik untuk imej lebih jelas


P/S: Kalau sistem ni betul-betul wujud bagus juga cuma jangan letak pin no 111111 dahla.. Memang tak akan terbaliknya..

Khamis, 31 Oktober 2013

Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas


Hai semua.

Selepas negara dikejutkan dengan kes rompakan oleh pengawal keselamatan hingga mengakibatkan kematian seorang pegawai bank rujuk sini, lagi kes rompakan melibatkan pengawal keselamatan berlaku. Kali ini kejadian di Setapak seorang pegawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, berhampiran Setapak pagi tadi.

Premis itu telah dirompak sekitar jam 9 pagi dimana suspek mengacukan pistol ke arah pekerja sebelum melarikan barang kemas dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan, tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Menurutnya lagi,suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi pemilik kedai emas berkenaan.

SUMBER ASAL BERITA



*GAMBAR HIASAN*


P/S:JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

Rabu, 30 Oktober 2013

Tiket Final Piala Malaysia 2013 Laris Walaupun Sistem Jualan Masih Ditakuk Lama.


Hai semua.

Penangan final. Itu yang aku boleh katakan tentang final Piala Malaysia 2013 kali ni.Pertemuan dua negeri pantai timur yang amat ditunggu-tunggu. Seawal 5 pagi dah ada penyokong yang beratur untuk dapatkan tiket di Stadium Darul Makmur walaupun kaunter tiket hanya dibuka jam 10 pagi.

30 ribu tiket mula dijual hari ni, tapi yang peliknya semalam lagi dah ada orang yang dapat tiket. Siap pos dalam facebook lagi.Macam ada yang tak kena je. Kesian dekat penyokong-penyokong setia yang takde kabel besar ni dan tak kenal dengan ketua pemuda,wanita,puteri ni.Beraturlah dua tiga jam untuk sekeping tiket, berasak sana sini tengah panas dengan bau-bauan yang menusuk kalbu..

Sistem tiket bola kat Malaysia ni sebenarnya masih ditakuk lama. sepatutnya kena wujudkan jualan tiket dalam talian. Barulah senang semua pihak tak payah nak berebut-rebut dah.Polis,Rela,Jpam dan persatuan negeri pun tak pening kepala dah. Ulat-ulat tiket durjana pun tak boleh ambil kesempatan.

Tapi siapalah suara-suara kecil ni tiada siapa pun nak dengar. Huh malas dah nak membebel.Majulah Sukan Untuk Kroni, Ulat Tiket...PFSLJ!!!


Beratur tepi jalan tengah panas. apo nak buek.

Inilah barisan kita!!

Akhirnya!!
P/S: Bior muka hitam,asalkan hitam putih takkan padam!!!

Ahad, 27 Oktober 2013

Label Baru Pada Gula Di Malaysia


Hai semua.



GULA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN




Ini SEMUA SALAH GULA!!

Harap-harap lepas ni kuranglah kaki kena potong, obesiti. Pergi kedai makan minta air tak isi gula jela, tapi harga sama. Kurangkan manis dalam minuman,lebihkan manis dalam senyuman. Tunggu 4 tahun lagi kita tengok siapa yang masih tersenyum.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Bajet 2014: Kadar Baru BR1M, GST Diperkenalkan Dan Subsidi Gula Dimansuhkan


Hai semua.

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Bin Razak dalam pembentangan Bajet 2014  mengumumkan kadar baru pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M).

Untuk isi rumah berpendapatan Rm3000 dan kebawah,mereka akan menerima Rm650 berbanding nilai sebelum ini Rm500.
Manakala untuk golongan bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi Rm2000 yang sebelum ini menerima Rm250, dinaikkan kepada Rm300.

Beliau juga mengumumkan pemansuhan subsidi untuk gula sebanyak 34 sen berkuatkuasa 26 Oktober 2013. Langkah ini diambil kononnya untuk mengawal penyakit diabetes yang banyak dihidapi rakyat Malaysia.

Selain itu, Goods And Services Tax (GST) akan dikuatkuasakan bermula pada I April 2015, 17 bulan dari sekarang. Nilai yang dikenakan adalah pada 6 %. Sales Tax dan Services Tax pula akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST.

GST tidak akan melibatkan barang makanan asas,perkhidmatan pengangkutan,perkhidmatan kerajaan, bekalan air paip,200 unit pertama bekalan elektrik sebulan untuk pengguna domestik.Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih  turut dikecualikan dari GST.



P/S: MANIFESTO BUKAN JANJI

Rabu, 23 Oktober 2013

Pegawai Bank Maut Ditembak Dengan Pump Gun


SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.

Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank  berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal meninggalkan tempat kejadian.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.

Sumber



NOTA:Harapkan pagar, pagar makan padi. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Hilang Dalam Tandas Antara Sebab Utama Kehilangan Senjata Api PDRM




"KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyenaraikan lima sebab utama kehilangan senjata api anggota polis seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, awal bulan ini.

Sebab-sebab tersebut bagaimanapun tidak menyatakan ‘jatuh dalam laut’ sebagai antara punca senjata-senjata itu hilang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan bertulis kepada anggota Parlimen PKR-Batu Tian Chua berkata sebab utama kehilangan ialah kereta polis dipecah, senjata api tertinggal dalam kereta, diragut atau disamun, tercicir ketika menjalan tugas, kehilangan dalam tandas dan hilang dalam pejabat.

Beliau menjelaskan, secara keseluruhan senjata yang hilang adalah dari senjata ringan (pistol dan revolver) yang boleh diletakkan di badan.

"Daripada 44 senjata api yang hilang berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012, tujuh daripadanya telah dijumpai," kata Ahmad Zahid."

sumber

Gambar Hiasan

P/S: POLIS PUN MANUSIA BIASA TAK LEPAS DARI KESILAPAN

Jumaat, 16 Mac 2012

Anak-Anak Anugerah Tuhan.. Didik,Lindungi dan Sayangi Mereka...


Yoo... Mempunyai cahaya mata memang impian ramai suami isteri yang berkahwin ni. Sebab anak-anak ni pelengkap rumah tangga. Kalau takde anak-anak memang sunyi rumah.. Tapi bila dah ada anak ramai pula yang 'fail' dalam tugasan jaga anugerah tuhan ni. Aku selalu perhatikan bila ke shopping complex , ramai mak bapak  syok sangat shopping sampai lupa daratan. Anak-anak pun dorang biar je.Bila budak tu dah hilang baru nak kelam kabut meraung sana sini.

 Hello!! Cik kak cik abang oi.. Tahukah anda ibu bapa yang didapati cuai dalam tanggungjawab menjaga keselamatan anak-anak mereka hingga menyebabkan kanak-kanak tu hilang boleh didakwa dibawah Akta Kanak-Kanak 2001... Nak ke??? Jadi jangan bersikap sambil lewa je. 



P/S:Selain kursus kahwin kursus keibubapaan pun patut diadakan... Peace....

Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU