Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Khamis, 24 Oktober 2013

Pesanan Khidmat Masyarakat: HENTIKAN PENYEBARAN VIDEO DAN GAMBAR PEGAWAI BANK MAUT DITEMBAK


Hai semua.

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Suami kepada pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib yang mati ditembak pengawal keselamatan bank itu sendiri merayu orang ramai agar berhenti menyebarkan gambar arwah isterinya selepas kejadian itu di Internet.

Irwan Kamarudin, 37, berkata, tindakan pihak-pihak terbabit yang menyebarkan gambar tersebut menerusi laman-laman sosial bukan sahaja tidak menghormati sensitiviti malah menambah kesedihan beliau sekeluarga.

"Saya meminta jasa baik pihak-pihak yang menyebarkan gambar isteri saya supaya mengeluarkannya kerana ia hanya menambahkan keperitan kami sekeluarga yang sedang bersedih dengan pemergian arwah," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Serdang di sini hari ini.

SUMBER




NOTA: Orang sedang bersedih usah ditambah lagi dengan perkara macam ni. Hormatilah perasaan keluarga arwah terutamanya anak-anak mangsa. Hari ini hari orang, mana tahu esok lusa kita pula berada ditempat keluarga arwah.Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.

Tiada ulasan:

Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU