Anak Emas Aku

Sabtu, 19 Oktober 2013

AKU BAKAL JUTAWAN FAKIR!!! (scam alert)

Hai semua.. 

Baru-baru ni aku check la inbox email aku yang dah lama tak terusik tu, jumpa plak email ni. Tergelak aku baca kandungan email ni. Rasa macam tak percaya plak(memang x percaya pun) aku antara insan terpilih untuk mewarisi harta entah mamat mana sebanyak 9.5 juta us dolar tu..

Berbekalkan fikiran yang waras, aku menolak tawaran ini.. Rasa menyesal pun ada ye la sape nak bagi 9.5 juta camtu je kan.Tujuh keturunan pun tak habis makan tu. Cukuplah harta yang aku kumpul di papan bursa saham 'SAIDINA'. Rumah, hotel hartanah semua aku dah ada.Cukuplah tu.Tak boleh tamak.




Zaman sekarang ni duit memang penting. Iya lah nak masuk tandas pun kena 30 sen. Serba serbi nak kena pakai duit. Macam-macam cara manusia-manusia kat luar tu buat untuk dapat duit. Ada cara halal, ada juga cara haram. Yang jadi mangsa orang yang cepat gelap mata. Memang kena 'makan'.


P/S:DUIT DEN BERTINGKET-TINGKET!

Tiada ulasan:

Baca Ini Juga

TANAH TUMPAH DARAHKU