Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Isnin, 26 Mei 2014

Jepun Juara Piala Thomas 2014



Pasukan badminton Jepun, muncul juara Piala Thomas 2014 edisi ke 28 setelah menewaskan Malaysia dengan mata 3-2. Malaysia meraih mata sulung apabila sandaran negara, Datuk Lee Chong Wei menang perlawanan pertama menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16.

Wakil ke dua Malaysia beregu Tan Boon Heong / Hoon Thien How bagamainapun tewas kepada pasangan Jepun 21-12, 17-21, 19-21. Perseorangan negara berikutnya Chong Wei Feng turut mengalami nasib yang sama apabila tumpas kepada Kento Momota 15-21, 17-21.

Wakil seterusnya,pasangan beregu berikutnya, Goh V Shem / Tan Wee Kiong menyalakan kembali harapan negara bila menang ke atas pasangan Jepun Keigo Sonoda / Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12. Sekaligus Malaysia terikat 2-2 dengan Jepun.

Harapan yang disandarkan pada wakil terakhir negara, Liew Darren walau bagaimanapun tewas kepada Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21. Jepun muncul juara Piala Thomas 2014 yang juga kejuaraan kali pertama diperolehi negara Matahari Terbit itu. Manakala penantian Malaysia selama 22 tahun untuk merangkul piala berprestij itu  berterusan.

Kepada pasukan negara, syabas dan tahniah diucapkan walaupun tidak berjaya kerana  mempamerkan semangat melawan hingga ke akhir.

Tiada ulasan:

Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU