Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Rabu, 11 Jun 2014

Petua Hilangkan Bau Ketiak


Sejak akhir-akhir ni cuaca panas semacam sahaja. Waktu tengah hari bahang panas dia tuhan saja yang tahu.Malam pun dah pasang kipas sampai dua masih berpeluh lagi. Mungkin ini disebabkan fenomena EL NINO yang diramalkan bakal melanda negara nanti. 

Cuaca panas juga menyebabkan individu-individu yang kuat berpeluh menjadi resah. Mana taknya bila dah berpeluh mesti badan lebih-lebih lagi di bahagian ketiak berbau. Keyakinan diri pun menurun untuk berhadapan dengan kawan-kawan. Tapi jangan risau boleh cuba beberapa petua untuk setidak-tidaknya mengurangkan bau badan anda dan menghilangkan bau ketiak yang masam.






Petua 1:

Ambil sebiji limau nipis dan belahkan,kemudian gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.Amalkan selalu sampai bau berkurangan.


Petua 2:

Gunakan  beberapa helai daun sirih. Kemudian digumpalkan pada tapak tangan sehingga keluar airnya. Bolehlah  disapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi

Petua 3:

Campurkan hampas teh dengan sedikit air garam. Sapukan pada ketiak kemudia biarkan beberapa minit. kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk. lakukan secara kerap sehingga dapat hasil yang diingini.

Petua 4:

Ambil sebatang timun dikupas kulitnya. Sapukan di ketiak untuk seketika setiap kali mandi. Amalkan selalu sehingga kawasan bermasalah tidak berbau lagi.


Senang sahaja kan. Bahan-bahan dalam petua ni pun senang je nak dapat kat dapur rumah tu. Selamat mencuba.

Selain itu khasiat buah kiwi yang tak ramai tahu di sini

2 ulasan:

Cik nadya berkata...

kann? mlm2 pon panas sgt2 >.<
tip2 bguna ni. leh try ni :)

khairul@kechik berkata...

@Cik Nadyya
silakan :) hehehe

Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU