Anak Emas Aku

Ahad, 29 Jun 2014

Keputusan Penuh Brazil vs Chile,Piala Dunia Brazil 2014


Sengit dan mendebarkan. Itu yang dapat diungkapkan mengenai pertemuan Brazil vs Chile dalam perlawanan pusingan kedua peringkat kalah mati ini. Brazil yang disokong ribuan penonton di Stadium Mineiro mendahului pada minit 18' hasil jaringan David Luiz. Chile yang meneruskan asakan untuk mencari gol penyamaan akhirnya berhasil apabila Alexis Sanchez berjaya menjaringkan gol pada minit ke 32'.

Tamat 90 minit masa perlawanan kedudukan terikat 1-1 memaksa perlawanan ke masa tambahan. Namun kedua pasukan gagal memecah gawang lawan menyebabkan keputusan perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti. Brazil ternyata bertuah dibumi sendiri apabila berjaya menewaskan Chile 3-2 melalui penentuan sepakan penalti. Brazil layak ke peringkat suku akhir dan akan bertemu sama ada Uruguay atau Columbia nanti.


Keputusan penuh perlawanan Brazil vs Chile

Brazil 1 (3) - 1 (2) Chile
Brazil menang 3-2 melalui sepakan penalti

(Brazil)
David Luiz 18'

(Chile)
Alexis Sanchez 32'


2 ulasan:

Siara Elina berkata...

nie mesti semua pucat masa tunggu result penalti kikihkihkihkih

khairul@kechik berkata...

@Siara Elina
hehehe.. nak gugur jantung pun ada tgk penalti ni.

Baca Ini Juga

TANAH TUMPAH DARAHKU