Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Jumaat, 16 Mac 2012

Anak-Anak Anugerah Tuhan.. Didik,Lindungi dan Sayangi Mereka...


Yoo... Mempunyai cahaya mata memang impian ramai suami isteri yang berkahwin ni. Sebab anak-anak ni pelengkap rumah tangga. Kalau takde anak-anak memang sunyi rumah.. Tapi bila dah ada anak ramai pula yang 'fail' dalam tugasan jaga anugerah tuhan ni. Aku selalu perhatikan bila ke shopping complex , ramai mak bapak  syok sangat shopping sampai lupa daratan. Anak-anak pun dorang biar je.Bila budak tu dah hilang baru nak kelam kabut meraung sana sini.

 Hello!! Cik kak cik abang oi.. Tahukah anda ibu bapa yang didapati cuai dalam tanggungjawab menjaga keselamatan anak-anak mereka hingga menyebabkan kanak-kanak tu hilang boleh didakwa dibawah Akta Kanak-Kanak 2001... Nak ke??? Jadi jangan bersikap sambil lewa je. 



P/S:Selain kursus kahwin kursus keibubapaan pun patut diadakan... Peace....

Rabu, 25 Januari 2012

Aku Pun Selsema Juga, Tapi takdelah sampai....



Salam.. Hari ni tergerak plak hati nak buka blog n taip entri baru.. Setelah sekian lama aku merajuk dengan blog ni, akhirnya tertaiplah entri ini.. Heheh..

Sekarang ni cuaca dah tak menentu. Sekejap hujan sekejap panas. Kita pun mudah je jatuh sakit bila cuaca berubah-ubah ni. Dah dekat seminggu aku kena penyakit tiga serangkai, deman+batuk+selsema.. Rasa tak selesa je.. Nak makan pun takde selera.. 
Sebut pasal makan, aku teringat plak peristiwa di kedai makan beberapa hari lepas. Aku dengan famili pergi keluar makan. Kebetulan kita orang duduk dekat dengan sinki sebab tempat lain semua dah penuh.

 Nak dijadikan cerita, adalah sorang mamat ni dia pun gi lah dekat sinki tu. Ingatkan dia nak basuh tangan tapi benda lain yang dia buat. Ada ke patut boleh plak dia hembus hingus dia. Banyak plak tu.. Berlendir-lendir..



Hah. Terus mati selera kita orang. Mamat tu plak boleh buat muka selamba je. Memang takde sivik tul la..
Agak2 lah kalau nak buat camtu. Kalau dekat bilik air tak pe la juga, ni kat kedai makan, depan orang yang tengah makan!! Ish memang teruk betul perangai. 
Ingat semua.....

 JANGAN TIRU AKSI ITU DIKEDAI MAKAN!!! 


P/S: Hembuslah ditempat yang sesuai sampai tercabut hidung...

Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU