Wah lamanya aku x update blog. Rasanya dah seminggu x jenguk blog. Mungkin x de mood nak menulis kut sejak pemergian arwah atuk aku baru-baru ni.. Macam ada sesuatu je yang hilang..Hmm.. Pejam celik pejam celik tinggal lagi 5 hari sahaja sebelum kita menyambut lebaran 1 syawal nanti. Teringat pula kenangan raya masa budak-budak dulu.. Best je rasa. Bab duit raya tu memang banyak la collection hasil dari lawatan tanpa kenal erti penat dari rumah ke rumah.. Buat muka seposen je. Pernah sekali tu kena kejar dek lembu sebab pakai baju melayu warna merah(org ckp lembu ni sebenarnya buta warna,semua dia kejar) Tapi sekarang ni dah tak semeriah dulu. Dah susah nak jumpa budak-budak datang beraya. Maklumlah budak-budak sekarang ni hidup dalam zaman elektronik. Bak kata orang dunia dihujung jari.. Begitu juga dengan kaum wanita. Baju raya sampai 2 hingga 3 pasang, tapi beraya di rumah je duk menghadap peti televisyen. Ini kisah benar.. Jadi memang terasa berbezanya semangat raya sekarang kalau nak dibandingkan 10 tahun lalu..Aku pasti merindui suasana lalu.. Peace!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan