Moscow:Nasib malang buat si bedal. Seekor buaya terpaksa dihantar ke hospital selepas
dihempap oleh seorang wanita seberat 114 kilogram di dalam sebuah bas.
Fredy, repitilia 2.14 meter panjang itu berada di dalam bas
yang penuh dengan anggota sarkas dikatakan tidur apabila kenderaan berkenaan
melanggar bonggol berhampiran Severomorsk, menyebabkan wanita terbabit jatuh
dan menghempapnya yang tidur berhampiran.
Agensi berita RIA Novosti melaporkan, pihak pengurusan
sarkas bimbang keadaan buaya itu selepas ia muntah selama tiga jam berikutan
peristiwa itu.Ia mungkin tanda kecederaan dalaman bagi buaya.
Akauntan terbabit hanya cedera ringan, tetapi ditegur kerana
tidak memakai tali pinggang keledar.
Fredy pula dibawa ke hospital dan menjalani pemeriksaan
serta rawatan. Semua persembahan hari itu yang membabitkannya juga dibatalkan.
Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan wanita itu
dinasihatkan mengurangkan berat badannya.
Haiwan, termasuk harimau, singa dan monyet masih digunakan
dalam persembahan sarkas di Russia. - Agensi
*GAMBAR HIASAN* |
* Bawa jumpa tok bomoh pergi berubat mesti elok buaya tu. Penampar Tok Moh POWER..heheh..
SUMBER
1 ulasan:
alolo..kesian buaya tu...huhu
Catat Ulasan