Anak Emas Aku

Sabtu, 16 November 2013

Pengalaman Kerja Di 7 Eleven


Hai semua.

Bulan ni boleh dikatakan agak susah untuk aku update entri. Bukan apa bila sindrom .M.A.L.A.S. melanda, memang tak boleh nak buat apa dah. Ditambah dengan line internet yang super slow membuat aku bertambah malas.

Ok, kali ni aku nak share sikit pengalaman aku masa kerja di 7-Eleven sekitar tahun 2010 sebagai Store Associate.Tugas dia seingat aku jadi cashier,kemas dan susun stok jualan dan housekeeping duty.



Kerja di kedai 24 jam yang tak pernah tutup ni memang memenatkan. Waktu kerja pula 3 syif dari pukul 7 pagi- 3 petang, 3 petang- 11 malam dan 11 malam- 7 pagi. Tapi kadang-kadang kena cover 2 syif terus bila staff kurang.Penat usah katalah sebab kena berdiri je dan tak boleh duduk nanti kena snap dengan cctv. Nak duduk kena masuk stor.

Untuk syif malam, masa zaman aku dia bayar rm 5 untuk satu malam. Ya rm 5 untuk aku berjaga selama 8 jam dengan risiko yang agak tinggi dan aku selalu kena syif malam,huhu. Semua sedia maklum kedai 24 jam ni selalu jadi sasaran perompak sebab pukul 2-5 pagi mana ada orang sangat. So nak tak nak staff lelaki lah yang selalu kena syif malam tapi kalau tak cukup staff, perempuan pun kena juga. Alhamdullilah,sepanjang aku kerja tak pernah lagi kena rompak sebab abang-abang polis selalu lepak kat sini kut.(masa tu inilah satu-satunya 7e yg ada kat sini). Kerja malam orang tak ramai so tugas lebih kepada top up balik barang-barang yang dah kurang tu je lepas tu boleh lepak heheh.

Gaji pula masa tu basic rm700. Sebulan bolehlah dapat 900++.. Cukuplah untuk orang bujang macam aku. Lagipun ni kerja pertama aku sekadar nak cari pengalaman. Masa bulan ramadhan waktu sahur makan maggi cup je sampai naik muak. Masa berbuka pula makan ala kadar je dan bergilir sebab mana sempat nak makan lama-lama customer dah nak bayar. Hari raya pun kerja. Dapatlah insentif rm150 untuk kerja dari raya pertama sampai raya ke lima.Aku minta syif malam sebab waktu siang boleh aku beraya hihi..

Jodoh aku dengan 7 Eleven ni cuma bertahan 8 bulan je pastu aku cabut. Tak tahan juga asyik kena kerja malam balik 7 pagi pastu kena masuk petang tu pula. Aku bukan robot.. Apa pun slurpee dia memang best. Bercawan-cawan sekali minum maklumlah free je masa kerja di situ, hehehe..

P/S: WALAUPUN CAWANGAN AKU TAK JUAL ALKOHOL TAPI ADA JUGA MELAYU CARI.HAMPEH!!

3 ulasan:

Teena Tna berkata...

8 bulan kerja kat situ. Lama jugak lah

Muhammad Faiz berkata...

Kenapa ramai orang kata susah keje situ

Tanpa Nama berkata...

Kerja mcm nie mmg sesuai utk bujang or perrmpuan, aku dulu pun pernah kerja jadi promoter, cukup2 untuk bujang jer, tp skrg keje dgn gaji mcm nie mmg payah nk naik, tu sbb aku nk cari kerja yg boleh jamjn masa depan aku termasuk simpanan, masa dah kahwin. Bukan nk gaji besar tp utk mampu jamin diri di masa depan nk dpt menyimpan, tu sbb kerja mcm 7/11 or promoter nie sesuai utk bujang (baru abis sekolah) atau perempuan, kalau nk menyimpan utk kahwin mmg payah lah, lagi2 mertua nk hantaran tinggi.

Masalah aku tgk borang permohonan kerja jawatan bagus, gaji bagus, bnyak imbuhan, tp masalahnya dia lebihkan kepada yg tahu bahasa mandarin. Sungguh rasict cina nie.

Baca Ini Juga

TANAH TUMPAH DARAHKU