Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Rabu, 8 Ogos 2012

Empayar Kematian Paris.Simpan Lebih Enam Juta Tulang Manusia!!



Paris kota yang lebih dikenali kerana tersergamnya Eiffel Tower memang menjadi tarikan pelancong seantero dunia untuk datang melawat. Tetapi bandaraya ini juga mempunyai tarikan pelancong di bawah tanah iaitu sebuah tempat simpanan tinggalan enam juta tulang manusia!!

Terowong bawah tanah yang dikenali sebangai Empayar Kematian Paris dijadikan tempat menyimpan rangka manusia sejak abad ke-18 bagi menyelesaikan masalah kawasan kubur yang terhad di Paris.

Terowong ini dikawal rapi oleh polis dan individu yang didapati menceroboh masuk kedalam terowong sejauh 249.44 kilometer itu akan dikenakan denda sebanyak 60 Euro (230.88) SUMBER


# Memang gila la. Tempat macam ni pun boleh jadi tarikan pelancong. Serius kalau aku tak masuk dah tempat ni nanti tak pasal-pasal jumpa dengan tulang menari tektonik..huhuhu..

Sabtu, 4 Ogos 2012

Aku Dah Berusaha, Tapi...



Assalam..

Aku betul-betul berharap ramadan tahun ni mampu memberikan sinar baru kepadaku. Tetapi harapanku hancur berderai disaat aku mengetahui hakikat sebenar yang terpaksa kutelan walaupun pahit bak peria..
Huhh.......

Aku terasa bagaikan mahu menjerit sepuas puasnya bila mengetahuinya KERANA...






Sesuatu yang tak disangkakan...






Arghhh!! Berat badan aku makin bertambah.. Ni akibatnya kalau masa berbuka makan ikut selera je.. Adeh tak dapatlah jadi seslim Neelofa dan setegap Aaron Aziz Raya nanti..Huhuhu..


Khamis, 2 Ogos 2012

Puding Raja Resepi Warisan


Assalam..
Hari ni aku nak share dengan semua tentang makanan yang paling dinantikan bila tibanya ramadan di Pekan ni..


Puding Raja Resepi Warisan





Bulan ramadan tahun ni aku perhatikan tak ramai peniaga kat bazar yang jual puding raja ni. Bagaikan orang meroyan aku mencari. Seminggu berpuasa barulah ada peniaga yang menjual.. Tu pun aku hari-hari dok tanya makcik jual kuih tu bila nak jual puding ni.. Akhirnya setelah memujuk merayu mak cik tu, barulah nampak puding raja ni tersusun rapi diatas meja..Hehehh..

Tu pun stok dia agak terhad. Siapa cepat dia dapat. Harga pun boleh tahanlah. RM 5 untuk sebekas kecil puding yang lazat berkrim ni.. Tapi bila dah masuk dalam mulut soal harga tu memang tak kisah dah. Janji hajat tercapai hati pun manyak puas oi..Slurppppp!!! Kalau nak rasa sendiri keenakan puding raja ni, moh la singgah ke Pekan..



Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU