Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Sabtu, 27 Ogos 2011

Sekejap Ada Sekejap Takde



Suasana disebuah pasar malam yg x malam lagi

Ape tu??
Nampak menarik je..
Jom terjah dulu..




Oh mercun rupanya.. 
Nak belilah..
Tak meriahlah puasa kalau tak main mercun.
Setahun sekali jekan..



Bang2.. Jangan lari dulu.
Saya nak beli juga ni..
Kemana kau menghilang??
Kempunan aku..



Laa.. Dah lari.
Apesal lari plak.
Oh rupanya......



Padan muka ko wahai penjual mercun yg tamak.. 
Budak2 putus jari ko takde rasa bersalah ke??
Jangan salahkan org lain sekat rezeki ko.
Sekian.. Peace!!


Khamis, 25 Ogos 2011

Hari Raya: Ape Ertinya?


Wah lamanya aku x update blog. Rasanya dah seminggu x jenguk blog. Mungkin x de mood nak menulis kut sejak pemergian arwah atuk aku baru-baru ni.. Macam ada sesuatu je yang hilang..Hmm.. Pejam celik pejam celik tinggal lagi 5 hari sahaja sebelum kita menyambut lebaran 1 syawal nanti. Teringat pula kenangan raya masa budak-budak dulu.. Best je rasa. Bab duit raya tu memang banyak la collection hasil dari lawatan tanpa kenal erti penat dari rumah ke rumah.. Buat muka seposen je. Pernah sekali tu kena kejar dek lembu sebab pakai baju melayu warna merah(org ckp lembu ni sebenarnya buta warna,semua dia kejar) Tapi sekarang ni dah tak semeriah dulu. Dah susah nak jumpa budak-budak datang beraya. Maklumlah budak-budak sekarang ni hidup dalam zaman elektronik. Bak kata orang dunia dihujung jari.. Begitu juga dengan kaum wanita. Baju raya sampai 2 hingga 3  pasang, tapi beraya di rumah je duk menghadap peti televisyen. Ini kisah benar.. Jadi memang terasa berbezanya semangat raya sekarang kalau nak dibandingkan 10 tahun lalu..Aku pasti merindui suasana lalu.. Peace!!






Isnin, 15 Ogos 2011

Ketagihan Game Facebook









Tidur malam aku x kan lena kalau tak perkena game ni sehari. Keluh kesah je rasa. Macam drug addict plak aku ni.. Selama ni aku ada juga dengar cerita pasal pengguna Facebook yg ketagih main game sampai lupa diri. Tapi aku takda la seteruk tu.Sedar diri lagi, buat setakat ni... Peace!!

Jumaat, 12 Ogos 2011

Lepas Geram


Salam Ramadhan..
Bila pergi bazar ramadan je, macam2 benda anak tekak ni nak. Tengok air tebu beli, nampak kuih sapu. Kira penuh tanganlah kalau pergi bazar ni. Tapi yg x bestnya kalau makanan yg kita beli tu x 'sempurna'. Dah la tawar lepas tu makin lama makin mengecil plak saiz dia. Lagi hangin satu badan kalau makanan tu basi. Rasa mcm nak sumbat2 je dlm mulut penjual tu. Bagi dia rasa sikit. Kok ye nak untung pun agak2 la. X pasal2 nanti tandas jadi rumah kedua aku.
Satu lagi aku suka perhatikan tangan peniaga ni.. Bukan obses dgn tangan yek. Cuma nak tgk kuku tu panjang ke tak. Mana la tau kuku dia yg panjang tu dia pergi guna utk melombong bijih hidung ke.. Nanti rasa masin je makanan aku. Cukuplah setakat ini dulu gomelan aku ni. So kalau korang pergi bazar nanti pilihlah gerai yg bersih. Gunakan kuasa pembeli kita utk menolak peniaga yg hanya mementingkan untung semata mata. Peace!!






Khamis, 11 Ogos 2011

Apa Kes ni?



Sumber gambar MiM

Soalan apekah ini??
Ape kejadahnya bila pihak gereja memberi soalan begini kpd org Islam.
Apakah maksud tersirat mereka?Sudah terang lagi bersuluh.
yg jelas mereka cuba memesongkan akidah umat Islam.
Lupakah mereka ianya dilarang untuk menyebarkan agama lain kpd umat Islam?
Lebih bangang lg kpd org Islam yg terlibat. Semata mata wang ringgit agama ditolak ketepi. Bodohnya mereka tidak tahu mana betul mana yg salah.

Lebih malang lagi bila ada pemimpin melayu Islam yg mempertahankan tindakan gereja ini.
Dah la tindakan JAIS dipertikaikannya.
JAIS cuma melaksanakan tanggungjawab sebagai pihak yg menguatkuasakan undang2 syariah.
Yg lebih menghairankan mana perginya mereka yg kononnya pejuang agama Islam. Tak nak berdemo ke? Mungkin kerana takut hilang sokongan non muslim mereka butakan mata dan pekakkan telinga.



P/S:Sori kalau posting kali ni ada berbau politik sikit...

Khamis, 4 Ogos 2011

Part 5


ni ha serba sedikit loghat pekan yg dpt  dikongsikan bersama. Aku sendiri pun ada beberapa perkataan yg x pernah kudengar. So kira aku pun tengah nak dok belajar la ni. Martabatkan loghat kita.


Bele = ( baiki / mempelihara binatang )

Bobok = ( Ckp menipu / besar )

Benggey = ( Bodoh )

Bojei = ( Boroi )

Ralit = ( Khusyuk )



Rabu, 3 Ogos 2011

X POSE PUN JGNLAH TUNJUK DEPAN ORANG


Ramai juga yg x puasa. huhu... x malu betul la. Selamba je dtg kedai beli air. Baru tengahhari x kan dah x larat kut. Aduyai.. kalu budak2 x pe lagi, ni dah bertaraf bapa. mcm mana nak bimbing keluarga kalau macam ni la kelakuan ketua keluarga. Teringat masa kerja di 7E tahun lepas. bila waktu rehat tengah hari je, berduyun-duyun pekerja kilang berhampiran dtg membeli juadah 'berbuka'.   Macam2 ragam ada. Ada yg masuk pakai helmet la, cakap anak punya makanan la.. hahaha kelakar pun ada. Manusia sekarang makin lama makin hilang rasa malu. Bukan nak memburukkan org, cuma nak jadikan sebagai pengajaran kpd diri sendiri yg belum penuh  iman didada. Tepuk dada tanyalah selera.






Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU