sanggupkah anda merelakan lelaki ini kembali ke Malaysia?
Jangan terpedaya dengan wajah lelaki ini.
Chin Peng
Dia bukan seorang pejuang negara. Dia bukan seseorang yang layak dihormati. Namanya tidak layak berada setaraf dengan Tunku Abdul Rahman.Kekejaman mereka begitu terserlah. Masih ingatkah peristiwa Bukit Kepong.Keberanian sejumlah kecil anggota polis seramai 22 orang menentang komunis yang berjumlah lebih 200 orang. Mereka berjuang hingga ketitisan darah terakhir.kesudahannya 14 anggota polis,4 pengawal kampung,3 polis bantuan dan 4 ahli keluarga anggota polis terkorban. Ini hanyalah salah satu dari rentetan kekejaman komunis. Tapi yang menghairankan ada juga rakyat Malaysia yang seolah olah cuba mengangkat komunis sebagai pejuang negara. Komunis bukan pejuang negara!! kalau betul matlamat mereka untuk menuntut kemerdekaan dari British, kenapa setelah negara mencapai kemerdekaan mereka masih meneruskan pemberontakan.. Melakukan pembunuhan sana sini. Mengakibatkan isteri2 menjadi balu, anak2 menjadi yatim. Sejarah tidak akan berubah dan tidak akan diubah oleh puak2 yg menyokong chin peng kembali ke Malaysia. Chin Peng bukan pejuang negara!!!
AL-FATIHAH KPD WIRA2 NEGARA YG GUGUR KETIKA BERJUANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan