Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Jumaat, 18 Julai 2014

Khasiat Dan Kegunaan Daun Kari Dalam Kesihatan Dan Kegunaan Harian


Daun kari digunakan secara meluas untuk kegunaan bahan rempah dalam masakan berasakan kari. Kelazatan masakan kari dan keenakkan kuih Muruku tidak lengkap tanpa kehadiran bahan ini. Dengan baunya yang kuat  sebagai penambah aroma, daun kari juga mempunyai rasa yang agak pahit.




Tumbuhan yang berasal dari India dan Sri Lanka ini bukan sahaja digunakan dalam masakan, tetapi turut mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan dari sudut kesihatan serta kegunaan harian.

Sebagai Penawar Cirit-Birit Dan Buasir
- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir

Menghilangkan Rasa Loya Dan Pening
- Daun kari juga boleh dijadikan jus dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis untuk mengatasi masalah loya dan pening. Selain itu berkesan untuk mengatasi masalah haid wanita.

Daun Kari Digunakan Untuk Mengawal Diabetes
- Pesakit boleh mengawal tahap diabetes dengan merebuskan kulit dari batangnya yang kering dan meminumnya. Turut dikatakan amalan memakan 10 helai daun kari setiap hari selama 3 bulan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Merawat Gigitan Serangga Dan Haiwan Berbisa
- Buah pokok kari digunakan secara tradisional untuk merawat gigitan serangga. Caranya masak buahnya dengan minyak kelapa sehingga hitam. Kemudian hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

Menjadikan Rambut Panjang Dan Sihat
- Dijadikan ramuan untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban. Cuma campurkan satu sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masak sehingga hangus. Kemudian sejukkan dan boleh disapukan pada rambut untuk kelihatan lebih berseri.

Menghilangkan Lebam Atau Bengkak Pada Tubuh
- Daun kari hendaklah dihancurkan dan pesnya ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

Itulah seba sedikit khasiat dan kegunaan daun kari. Siapa sangka pokok yang rupanya tidak menarik ini mempunyai pelbagai manfaat lain yang berguna untuk kegunaan harian. Sesungguhnya alam semula jadi mempunyai 1001 kebaikan. Selamat mencuba.

Menarik>>> Video IklanRaya Petronas 2014

#Pray4GAZA
#TakziahMH17

Isnin, 14 Julai 2014

Pemenang Anugerah Piala Dunia Brazil 2014





Piala Dunia Brazil 2014 akhirnya melabuhkan tirainya dengan Jerman muncul juara menewaskan Argentina 1-0. Serentak itu juga beberapa anugerah dianugerahkan kepada pemain dan pasukan yang dilihat menyerlah dalam edisi piala dunia kali ini.

Pemain Terbaik Kejohanan(Golden Ball)- Lionel Messi (Argentina)

Penjaga Gol Terbaik Kejohanan(Golden Glove)- Manuel Neuer (Jerman)

Penjaring Gol Terbanyak Kejohanan(Golden Boot)- James Rodriguez (Columbia)

Pemain Muda Terbaik- Paul Pogba (Perancis)

Anugerah FIFA Fair Play- Columbia








Selasa, 8 Julai 2014

Live Streaming Brazil vs Jerman, Separuh Akhir Piala Dunia Brazil 2014




Tuan rumah Brazil akan turun menentang Jerman awal pagi nanti dalam perlawanan peringkat separuh akhir piala dunia 2014. Brazil yang kehilangan beberapa tonggak pasukan seperti Neymar yang cedera dan Thiago Silva digantung perlawanan sudah tentu terpaksa merombak pasukan bagi menghadapi lawan. Jerman pula perlu mengambil kesempatan ini untuk menekan lawannya itu. Link live streaming brazil vs jerman adalah seperti dibawah.


Live Streaming Brazil vs Jerman
Rabu 9 Julai 2014, 4:00 pagi waktu Malaysia




Menarik>>>> Peraduan Untuk Kaki Bola Sempena World Cup.Ipad Dan Trip Ke Thailand Menanti!!!
AMARAN >>>> Anda Disaran Tonton Brazil vs Jerman Disini!!!

KREDIT

Sabtu, 5 Julai 2014

Cedera Tulang Belakang, Perjalanan Piala Dunia Neymar Berakhir.



sumber gambar:astro arena

Pemain sensasi Brazil, Neymar terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada edisi Piala Dunia kali ini setelah mengalami kecederaan tulang belakang ketika perlawanan suku akhir piala dunia menentang Columbia,awal pagi tadi. Terjahan keras menggunakan lutut oleh pemain Columbia, Juan zuniga pada bahagian belakang badan menyaksikan Neymar terpaksa diusung keluar. Pemeriksaan lanjut mendapati dia mengalami keretakan pada tulang belakang. Walaubagaimanapun kecederaan ini tidak memerlukan sebarang pembedahan dan Neymar dikehendaki berehat beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya sekaligus tersisih dari kejohanan. Pada perlawanan ini Brazil menang 2-1 mengalahkan Columbia. Skuad Selecao akan bertemu Jerman dalam perlawanan separuh akhir nanti.



Menarik >>>> Hebat!! Kucing BERTAICHI!!!
Hangat >>>> Macdonald Nak Bagi Brekkie Wrap Percuma. Hoorey!!!

Jumaat, 4 Julai 2014

Live Streaming Jerman vs Perancis, Suku Akhir Piala Dunia Brazil 2014




Perlawanan yang menemukan dua gergasi eropah yang mempunyai corak permainan tersendiri dan dibarisi pemain-pemain berkelas dunia. Jerman vs Perancis, jam 12 tengah malam ini. Disertakan link live streaming Jerman vs Perancis seperti dibawah.


Live Streaming Jerman vs Perancis,Suku akhir Piala Dunia Brazil 2014
Sabtu 5 Julai 2014, 12 Tengah malam waktu Malaysia









Menaril >>>> Promosi Samsung Sehingga 50%. Cepat Sebelum Terlambat!!

Jadual Perlawanan Peringkat Suku Akhir, Piala Dunia Brazil 2014





Saingan Piala Dunia 2014 beralih ke peringkat suku akhir setelah lapan pasukan mengesahkan tempat ke peringkat berikutnya. Pasukan-pasukan itu ialah Brazil, Columbia,Belanda, Costa Rica, Argentina, Belgium, Perancis dan Jerman. Melihatkan senarai pasukan yang bersaing pastinya menjanjikan perlawanan yang sengit, menarik dan mendebarkan. Adakah Columbia, Costa Rica dan Belgium akan mampu melakar kejutan dengan menewaskan lawan masing-masing yang bukan calang-calang dan dianggap negara kuasa besar bolasepak. Sementara Perancis dan Jerman, yang akan bertemu nanti semestinya satu perlawanan wajib tonton bagi peminat bolasepak. Sama-sama kita tunggu dan lihat pasukan manakah yang akan pulang hampa dan yang akan meneruskan saingan ke separuh akhir piala dunia 2014 nanti.

Jadual Perlawanan Peringkat Suku Akhir Piala Dunia Brazil 2014

Brazil vs Columbia
Sabtu, 5 Julai 2014, 4:00 pagi

Jerman vs Perancis
Sabtu, 5 Julai 2014, 12 tgh malam

Belanda vs Costa Rica
Ahad, 6 Julai 2014, 4:00 pagi

Argentina vs Belgium
Ahad, 6 Julai 2014, 12 tgh malam



Rabu, 2 Julai 2014

Keputusan Penuh Perlawanan Belgium vs USA, Piala Dunia Brazil 2014





Belgium mengisi tempat terakhir ke peringkat suku akhir Piala Dunia Brazil 2014 setelah menewaskan USA 2-1. Kedua-dua pasukan gagal menembusi gawang lawan masing-masing setelah berakhir 90 minit masa perlawanan walaupun mendapat beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Perlawanan yang memasuki ke masa tambahan menyaksikan Belgium mencipta gol pada minit ke 93' hasil jaringan Kevin De Bruyne. Romelo Lukaku kemudiannya menanbah satu lagi gol buat Belgium pada minit ke 105'. USA kemudian cuba merapatkan jurang gol dan hasilnya, pemain gantian Julian Green berjaya meledak jaringan pada minit 107'. USA terus cuba menyamakan kedudukan dengan mengandakan asakan namun gagal menemui penyudah. Tamat masa perlawanan, Belgium 2-1 USA.



Keputusan Penuh Perlawanan Belgium vs USA

Belgium 2-1 USA

(Belgium)
Kevin De Bruyne 93'
Romelo Lukaku 105'

(USA)
Julian Green 107'


Menarik>>>Demi World Cup. Apa Saja Sanggup Dilakukan!!

Keputusan Penuh Perlawanan Argentina vs Switzerland, Piala Dunia Brazil 2014




Argentina layak ke peringkat suku akhir piala dunia Brazil 2014 setelah menewaskan Switzerland, 1-0 dalam perlawanan saingan kalah mati. Argentina walaubagaimanapun dipaksa bekerja keras sehingga diheret ke masa tambahan setelah terikat tanpa jaringan apabila tamat 90 minit masa perlawanan. Gol jaringan Di' Maria pada minit ke 118' sudah cukup untuk membawa skuad Argentina ke suku akhir.Bagi Switzerland, mereka sudah bermain dengan baik cuma nasib tidak menyebelahi. Tamat perlawanan Argentina 1-0 Switzerland.


Keputusan Penuh Perlawanan Argentina vs Switzerland

Argentina 1-0 Switzerland

(Argentina)
Di' Maria 118'


Selasa, 1 Julai 2014

Live Streaming Argentina vs Switzerland, Piala Dunia Brazil 2014




Argentina akan turun bertemu Switzerland dalam satu lagi pertemuan pusingan kedua peringkat kalah mati tengah malam nanti. Argentina sudah tentu mengharapkan ayam tambatan mereka, Lionel Messi untuk membantu pasukan layak ke peringkat suku akhir. Skuad Switzerland pula berharap mampu melangkah ke saingan suku akhir buat pertama kalinya dalam tempoh 60 tahun. Berikut disediakan link live streaming Argentina vs Switzerland tengah malam nanti.


Live Streaming Argentina vs Switzerland
2 Julai 2014 12 Tgh Malam Waktu Malaysia





Menarik>>> Pesanan Kepada Penghisap Rokok
Kredit

Keputusan Penuh Perancis vs Nigeria, Piala Dunia Brazil 2014





Perancis mara ke suku akhir piala dunia 2014 setelah menundukan Nigeria 2-0. Hilang fokus 10 minit terakhir permainan menyebakan Nigeria terpaksa berputih mata walaupun mempamerkan corak permainan menarik sejak awal perlawanan lagi. Paul Pogba menghukum kesilapan penjaga gol Nigeria yang gagal menepis keluar bola dari sepakan sudut apabila menanduk masuk gol pada minit ke 79'. Perancis menambah gol di masa kecederaan pada minit 92' setelah Yobo tertampan bola ke gol sendiri. Tamat masa perlawanan Perancis 2-0 Nigeria.


Keputusan Penuh Perancis vs Nigeria

PERANCIS 2-0 NIGERIA

(Perancis)
Pogba 79'
Yobo(gol sendiri) 90+2




Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU