Saingan Piala Dunia 2014 beralih ke peringkat suku akhir setelah lapan pasukan mengesahkan tempat ke peringkat berikutnya. Pasukan-pasukan itu ialah Brazil, Columbia,Belanda, Costa Rica, Argentina, Belgium, Perancis dan Jerman. Melihatkan senarai pasukan yang bersaing pastinya menjanjikan perlawanan yang sengit, menarik dan mendebarkan. Adakah Columbia, Costa Rica dan Belgium akan mampu melakar kejutan dengan menewaskan lawan masing-masing yang bukan calang-calang dan dianggap negara kuasa besar bolasepak. Sementara Perancis dan Jerman, yang akan bertemu nanti semestinya satu perlawanan wajib tonton bagi peminat bolasepak. Sama-sama kita tunggu dan lihat pasukan manakah yang akan pulang hampa dan yang akan meneruskan saingan ke separuh akhir piala dunia 2014 nanti.
Jadual Perlawanan Peringkat Suku Akhir Piala Dunia Brazil 2014
Brazil vs Columbia
Sabtu, 5 Julai 2014, 4:00 pagi
Jerman vs Perancis
Sabtu, 5 Julai 2014, 12 tgh malam
Belanda vs Costa Rica
Ahad, 6 Julai 2014, 4:00 pagi
Argentina vs Belgium
Ahad, 6 Julai 2014, 12 tgh malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan