Daun kari digunakan secara meluas untuk kegunaan bahan rempah dalam masakan berasakan kari. Kelazatan masakan kari dan keenakkan kuih Muruku tidak lengkap tanpa kehadiran bahan ini. Dengan baunya yang kuat sebagai penambah aroma, daun kari juga mempunyai rasa yang agak pahit.
Tumbuhan yang berasal dari India dan Sri Lanka ini bukan sahaja digunakan dalam masakan, tetapi turut mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan dari sudut kesihatan serta kegunaan harian.
>>>>> Peluang Menang RM157,000!!! <<<<<
Sebagai Penawar Cirit-Birit Dan Buasir
-
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan
keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan
sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari
yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir
Menghilangkan Rasa Loya Dan Pening
- Daun kari juga boleh dijadikan jus dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis untuk mengatasi masalah loya dan pening. Selain itu berkesan untuk mengatasi masalah haid wanita.
Daun Kari Digunakan Untuk Mengawal Diabetes
- Pesakit boleh mengawal tahap diabetes dengan merebuskan kulit dari batangnya yang kering dan meminumnya. Turut dikatakan amalan memakan 10 helai daun kari setiap hari selama 3 bulan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
Merawat Gigitan Serangga Dan Haiwan Berbisa
- Buah pokok kari digunakan secara tradisional untuk merawat gigitan serangga. Caranya masak buahnya dengan minyak kelapa sehingga hitam. Kemudian hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
Menjadikan Rambut Panjang Dan Sihat
- Dijadikan ramuan untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban. Cuma campurkan satu sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masak sehingga hangus. Kemudian sejukkan dan boleh disapukan pada rambut untuk kelihatan lebih berseri.
Menghilangkan Lebam Atau Bengkak Pada Tubuh
- Daun kari hendaklah dihancurkan dan pesnya ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
Itulah seba sedikit khasiat dan kegunaan daun kari. Siapa sangka pokok yang rupanya tidak menarik ini mempunyai pelbagai manfaat lain yang berguna untuk kegunaan harian. Sesungguhnya alam semula jadi mempunyai 1001 kebaikan. Selamat mencuba.
Menarik>>> Video IklanRaya Petronas 2014
#Pray4GAZA
#TakziahMH17
Menarik>>> Video IklanRaya Petronas 2014
#Pray4GAZA
#TakziahMH17