Assalam dan salam sejahtera. lama tak update blog rasa janggal plak. heheh. kali ni aku nak tunjuk tenggiling baru aku. bau kedai lagi ni. KAWASAKI KSR 110.
Niat di hati nak angkat ninja(selera besor),tapi memandangkan poket kurus, angkat ksr pun jadilah asalkan boleh bawak aku pergi dan balik kerja.Menungang moto ni memang best walaupun taklah laju mana(nak laju belilah superbike) bolehlah dalam 100km/j pecut.Nak laju sangat pun buat apa kan.Janji kita enjoy the ride.
Berhenti kat trafik light semua mata memandang dah macam retis plak moto aku ni. bila kat parking ramai plak usha siap bergambar sakan lagi.heheh. padahal bukan superbike pun. Itu yang syok bila pakai barang rare ni..bab perfomance setakat ni alhamdulillah kondisi moto masih tip top..
Ini dia spec moto ni manalah tau kut-kut korang pun berminat.Boleh jadi geng.
ENJIN
Jenis Penyejukan udara, 4-lejang, Silinder tunggal, SOHC, 2 injap
Isipadu 111 cm³
Gerek dan Lejang 53.0 mm x 50.6 mm
Nisbah mampatan 9.5 :1
Prestasi:
a) Kuasa maksima 6.4 kW {8.7 PS} @ 8,500 rpm
b) Tork maksima 8.4 N∙m {0.86 kgf∙m} @ 6,000 rpm
Sistem bahan api Karburetor: KEIHIN PB18
Sistem penghidup Penghidup kaki
Sistem pencucuh Bateri dan gegelung (dengan transistor)
Pelinciran Pelinciran berpaksa (takungan basah)
PEMACUAN
Transmisi 4-kelajuan, Penukaran balik
Nisbah gear:
Pertama 3.000 (36/12)
Kedua 1.937 (31/16)
Ketiga 1.350 (27/20)
Keempat 1.086 (25/23)
Nisbah pengurangan akhir 2.214 (31/14)
Klac 'Centrifugal' dan cakera basah berbilang
KERANGKA
Jenis Tiub, Kerangka belakang
Lereng (sudut condong) 26ยบ
Tayar:
a) Depan 100/90-12 49J Tanpa tiub
b) Belakang 100/90-12 49J Tanpa tiub
SUSPENSION
Depan Fork teleskopik 'upside-down'
Belakang 'Mono-shock', Lengan ayunan
BREK
Depan Cakera tunggal
Belakang Cakera tunggal
DIMENSIONS
Panjang keseluruhan 1,725 mm
Lebar keseluruhan 725 mm
Tinggi keseluruhan 1,020 mm
Jarak roda 1,170 mm
Kelegaan jalan 225 mm
Ketinggian tempat duduk 750 mm
Berat dengan minyak 93 kg
Muatan bahan api 7.3 liter