Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Jumaat, 29 Julai 2011

Sanggupkah Anda?


sanggupkah anda merelakan lelaki ini kembali ke Malaysia?
Jangan terpedaya dengan wajah lelaki ini.


Chin Peng


Dia bukan seorang pejuang negara. Dia bukan seseorang yang layak dihormati. Namanya tidak layak berada setaraf dengan Tunku Abdul Rahman.Kekejaman mereka begitu terserlah. Masih ingatkah peristiwa Bukit Kepong.Keberanian sejumlah kecil anggota polis seramai 22 orang menentang komunis yang berjumlah lebih 200 orang. Mereka berjuang hingga ketitisan darah terakhir.kesudahannya 14 anggota polis,4 pengawal kampung,3 polis bantuan dan 4 ahli keluarga anggota polis terkorban. Ini hanyalah salah satu dari rentetan kekejaman komunis. Tapi yang menghairankan ada juga rakyat Malaysia yang seolah olah cuba mengangkat komunis sebagai pejuang negara. Komunis bukan pejuang negara!! kalau betul matlamat mereka untuk menuntut kemerdekaan dari British, kenapa setelah negara mencapai kemerdekaan mereka masih meneruskan pemberontakan.. Melakukan pembunuhan sana sini. Mengakibatkan isteri2 menjadi balu, anak2 menjadi yatim. Sejarah tidak akan berubah dan tidak akan diubah oleh puak2 yg menyokong chin peng kembali ke Malaysia. Chin Peng bukan pejuang negara!!! 


AL-FATIHAH KPD WIRA2 NEGARA YG GUGUR KETIKA BERJUANG

Sabtu, 23 Julai 2011

KAU PERGI


KAU PERGI,
TATKALA KU MEMERLUKANMU.
KAU PERGI,
TIKA HATI MULA MENYANYIKAN LAGU ASMARA.
KAU PERGI,
KETIKA KU RINDUI BELAIAN MESRAMU.
KAU PERGI,
BILA KU INGIN TATAP WAJAH SUCIMU.
KAU PERGI, PERGI, PERGI,
MEMBAWA BERSAMA SEBUAH MEMORI KASIH ABADI.

oleh:khairul@kechik

Khamis, 21 Julai 2011

Darah Satria



Jom layan lagu ni dulu. terutama kepada pihak yg x reti bersyukur dengan keamanan negara kita sekarang ni.asyik nak berdemo je tau. Layan..


Selasa, 19 Julai 2011

Part 4


Gonyuh = ( Gosok kuat2 )

Panas Merahang = ( Panas sngt2 / panas tgh hari )

Nanor = ( oteng / Tak berapa betul )

Menyempir = ( Menyibuk / mendekati )

Mencanok = ( pegi dgn laju )



Khamis, 14 Julai 2011

Meh kita cuba



Anda perokok tegar? Boleh cuba petua
menghilangkan Lebam di Bibir.
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Selamat mencuba.

P/S:AMARAN KERAJAAN MALAYSIA MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN



Kudis Buta




Masa budak2 dulu mesti pernah kena kudis butakan. Mana taknya habis semua semak samun diteroka. So ini ada petua utk hilangkan kudis buta.

Cari 5 atau 6 keping daun jambu batu.Gilingkan sampai lumat. Pastu campurkan dgn santan dari segengam kelapa parut cerah. Kemudian dibungkus dlm kain yg jarang dan gosokan pd kudis buta tu..Mudah kan. Selamat mencuba.



P/S:INGATKAN CINTA JE YG BUTA

Gatal2 malam





Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan
minum selama 3 hari berturut-turut.



P/S:PETUA INI TIDAK MUJARAB BG MEREKA YG MEMANG ASYIK DUK MENGGATAL JE 

ketiak berbau


SAPE SAPE YG SEDAR DIRI KETIAK DIA BERBAU BOLEH CUBA YEK.. JAGALAH ALAM SEKITAR



Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit
kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.


P/S:KALAU NK BAGI TEH RASA KAW PUN BOLEH CUBA PETUA NI... (0_0)

Bangkai Gajah




Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.





Baca selanjutnya:
KahKahKah - Cerita Lawak




Rabu, 13 Julai 2011

RUKUN NEGARA




KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN





Selasa, 12 Julai 2011

Meh kiter perah otak sikit



Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?

Binatang ape yang power dlm bab berKarate?

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape 

bendanya?


jawapan dlm entri berikutnya


Prebet Lapok OST Lagu Kawan²



Naik Pangkat




Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”

Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”

Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Salim: “Terima kasih tuan….”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”

Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”



Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak 



Mandi Lumpur


Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak 









Satu hari sedang sepasang lalat tgh dinner kat satu tempat yg romantik..
tibe² si isteri lalat bersuara "bang ,nape kite hari² makan tahi?
lalu si suami pun menjawab "isshh..jangan cakap bende² kotor mase makan....... .tak baik"









Ada juga insan yang bergelar rakyat Malaysia  MENGHINA lagu kebanggsaan sendiri. Apa nk jadilah dgn mangkuk sorang ni. X menghargai langsung kemerdekaan yg kita kecapi sekarang ni. Ingat senang ke nak merdeka ni. datuk nenek kita dulu bermati matian nak tuntut kemerdekaan. memang betulah generasi sekarang ni buta sejarah.Aduhai....

Part 3



Bengkek = ( Bengang )
Gobok = ( almari )
Ketey = ( Cubit )
Paner = (Xtau benda / blur )
Senteng = ( Singkat )

Isnin, 11 Julai 2011

Part 2

Konar = ( belok )
Ladung =  ( melimpah )
Omih = ( bertih / Banyak cakap )
Cakne = ( Ambil kisah )
Godong = ( Kawan2 )
Lelaki tidak suka:
1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.

Moh kite belajor loghat Pekan Part 1

Birei = ( Tepi bucu )
Berlengas = ( Melekit )
Gebor = ( selimut )
Mengkarak = ( jahanam / punoh )
Kawan = ( Kwuan / saya / aku )

Hayatilah


Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Ahad, 10 Julai 2011

masih berusaha memperbaiki blog ini.. kena byk bertanya kan org ni.

Sabtu, 9 Julai 2011

salam perkenalan

blog ini masih dlm pembinaan. sape yg otai dlm berbloging boleh curahkan ilmu sikit pada saya. :)

Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU