Bukan Biasa Biasa

Anak Emas Aku

Khamis, 10 Oktober 2019

Karnival Hari Terbuka ATM Ke-86 2019


Hi. Pada 28 & 29 September yang lalu, Angkatan Tentera Malaysia telah mengadakan Hari Terbuka ATM ke 86 2019 bertempat di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut Perak. Pelbagai aktiviti menarik telah di disediakan. Antara yang menjadi tarikan utama adalah pertunjukan udara pesawat tempur FA-18D Hornet TUDM.



Youtube Channel CendolRojak Channel

Karnival ATM 2019 ini berjaya menarik kehadiran pengunjung seramai 70,000 orang sepanjang 2 hari karnival berlangsung.




Antara aset dan aktiviti di karnival ATM 2019

Ahad, 14 Julai 2019

Real Flight Simulator. Berangan Nak Jadi Pilot Ke Tu?


Cita-cita nak jadi pilot tidak kesampaian, jangan risau kini anda boleh merealisasikan cita-cita yang tinggal kenangan di tasik layu tu dengan permainan terbaru dari RORTOS ini. RFS atau Real Flight Simulator.


SUMBER YOUTUBE CENDOLROJAK CHANNEL

Permainan untuk telefon bimbit anda ini walaubagaimanapun hanya ditawarkan untuk pengguna android sahaja setakat ini. Untuk pengguna IOS masih belum tahu bilakah mereka akan mendapatnya.

Real Flight Simulator ditawarkan secara percuma dan pemain boleh melanggan PRO Version yang mempunyai lebih banyak pesawat, lapangan terbang serta multiplayer pada harga RM18.99 sebulan. Perit juga poket tengok harga ni kan.

Sabtu, 6 April 2019

Harga Jualan Bagi Yamaha Y15ZR V2 Diumumkan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Peminat jentera 2 roda semestinya ternanti nantikan harga jualan bagi Yamaha Y15ZR V2 yang telah dilancarkan baru-baru ini ketika saingan Cup Prix di Jasin Melaka.



Akhirnya Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan harga jualan bagi jentera yang digelar "Raja Jalanan" ini adalah pada RM 8,168 tidak termasuk insurans.

Berlaku peningkatan sebanyak RM280 berbanding harga model lama iaitu pada RM7,888.

Tetapi, diulangi tetapi jangan terlalu berharap kedai-kedai motosikal akan menjual kapcai panas ini pada harga tersebut, kerana penulis merupakan pemilik model lama pun membelinya pada harga RM9400, jauh dari harga yang diumumkan HLYM.. Bahkan ada kawan-kawan "serider" membelinya pada harga RM10,000 RM11,000. Gila bukan. Jadi sudah boleh diagak perkara sama akan terjadi pada "Y Suku" V2 ini.

Y15zr V2 ditawarkan dalam empat jenis warna pilihan:






Untuk model lama telah banyak rungutan didengari mengenai kualiti kapcai ini (penulis dah 3 tahun pakai alhamdulillah masih ok, standard itu indah) jadi marilah berharap HLYM dah tingkatkan kualiti ya.

Jadi, sudah sediakah untuk memecahkan tabung masing-masing bagi mendapatkan kapcai idaman anak muda ini?

Tepuk dada tanya selera, tapi jangan ikut rasa nanti mati..

Terbaik

TANAH TUMPAH DARAHKU